Pas setuju strategi satu lawan satu
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 1 NOVEMBER 2016
YAN – Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
“Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).
“Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.
Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.
“Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.
“Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.
Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.
“Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.
“Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.
“Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.
“Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.
Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.
“Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.
“Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.
Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.
“Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.
* Kang masa bincang pembahagian kerusi akan berbalah lagi.......aku mampos tak percaya puak-puak ni
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 1 NOVEMBER 2016
Hashim Jasin

dah tak ada blok ke 3 politik matang?
ReplyDeletesebelum terbubarnya pr...ramai cerdik pandai dah berpesan..jangan termakan gula janji manis pepuak tu..
eh tidak..kami percaya depa jujur ikhlas....
hahaha dah kena kencing...baru ingat jalan sebenar...
mana nk letak air muka?
Kalau ikut perjanjian dulu tu,tahun tu tak jadi masuk makah.so apakata pru14 nanti pas tak payah bertanding.tunggu pru15 pulak.
DeleteDiarong kan nak jd ketua...haram aku xpercaya berbuat kerana Allah..ketua munafik agamawan
ReplyDeletetapi aku lebih tak percaya kat DAP, lapan belas kali DAP mampos dan dihidupkan balik pun aku tak kan percaya
ReplyDeleteBila dah kena kencing baru nak berubah nada. Perangai munafik. Munafik lagi teruk drpd kafir
DeletePunya la x percaya... kahkahkah... musti ko makan pun pantang giler babi... sayur tanam sendiri, minum air perigi... x guna air paip.. kut cina mana duk kencing dlm sungai... haram tuuu.... nk beli lobis pun kena tya tn kedai... ni cina ke melayu tanam...? Haru sungguh hang ni...

DeleteTak apaclepad ni kena kincit UMNO pulak...pak lebai politik..
ReplyDelete