Monday, November 28, 2016

Zunar dibebaskan jam 6.45 petang Ahad

Kartunis Zunar dibebaskan selepas ditahan reman di bawah Akta Hasutan 
Astro Awani |  November 27, 2016 21:57 MYT
Kartunis Zunar dibebaskan selepas ditahan reman di bawah Akta Hasutan
Semalam, kartunis itu ditahan di balai polis Timur Laut selepas hadir ke balai polis itu pada 6 petang setelah diminta berbuat demikian. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Kartunis Zunar dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 6.45 petang Ahad selepas 10 jam ditahan reman mengikut Akta Hasutan.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948 susulan laporan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Nurhiesam Ismail pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata Zunar dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pada pagi Ahad, Zunar dibawa oleh polis ke Mahkamah Majistret George Town bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Pada Jumaat, Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran kartun oleh Zunar atas alasan kartun-kartun tersebut memaparkan gambaran negatif terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa