Sunday, December 25, 2016

10 fakta menarik pemilihan Presiden AS

SH - 25 DISEMBER 2016
Donald Trump

DI saat semua orang masih lagi terkejut dengan kemenangan Donald Trump pada pemilihan presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, mari kita lihat 10 fakta menarik kita semua tidak tahu.

1. 8 juta pengundi bangsa Latin undi Trump

Dalam satu kajian Pew menunjukkan bahawa seramai 27.3 juta pengundi bangsa Latin tahun  ini dan mendapati bahawa sekurang-kurangnya 7.9 juta pengundi Latin telah mengundi Trump.

2. Ramai tidak turun mengundi

Difahamkan ramai pengundi berdaftar tidak turun mengundi tahun ini. Amerika mencatat rekod seramai 200 juta pengundi berdaftar namun hanya 130 juta sahaja yang turun mengundi.

3. Clinton yang pada awalnya mendahului kalah

Buat kali keduanya, seorang demokrat yang memenangi undi popular sebanyak 280 ribu undi pada mulanya kalah sewaktu pemilihan Presiden.

4. Calon yang berbelanja besar semasa kempen tidak menang

Kebiasaannya, calon yang menghabiskan banyak wang semasa kempen akan menang kerana mereka memonopoli segala-galanya namun kali ini ia tidak berlaku. Berdasarkan kiraan Electoral College, Hillary Clinton menghabiskan 2.79 juta dolar sementara Trump hanya menggunakan 2.03 juta dolar sahaja untuk berkempen.

5. Calon lain juga beri saingan

Calon lain dari parti lain seperti Libertarian, Gary Johnson dan Green, Jill Stein turut berikan saingan mantap. Contohnya Stein punyai peluang untuk menghalang Clinton dari memenangi Michigan dan Winsconsin serta di beberapa tempat, undiannya juga melebihi Trump.

6. Tiada jaminan bahawa Bernie Sanders akan menang

Menurut kajian analisis mendapati bahawa Bernie Sander juga tidak akan memenangi jawatan Presiden sekiranya dia adalah wakil parti demokratik malah mungkin prestasinya akan menjadi lebih teruk.

7. Calon secara tiba-tiba menjadi popular?

Pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun 2016 ini menyaksikan seorang calon yang tiba-tiba sahaja menjadi kegemaran ramai malah mengalahkan calon demokratik dengan begitu mudah sekali.

8. Berpelajaran tinggi versus tidak berpelajaran tinggi

Jika dilihat dari negeri kemenangan Trump, rata-ratanya adalah dari negeri yang punyai kurang orang yang berjaya tamatkan sekolah menengah. Ramai di antara mereka terpedaya dengan slogan Presiden itu bahawa Amerika untuk rakyat Amerika.

9. Presiden paling kurang pengalaman

Kemenangan Trump masih lagi menjadi satu tanda tanya sehingga kini apatah lagi beliau merupakan presiden yang paling kurang berpengalaman dalam bidang politik.

10. Undian Presiden Trump adalah yang paling kurang dalam sejarah

Trump mendapat undian sebanyak 59, 971,135  untuk memenangi jawatan Presiden, ia satu jumlah yang sangat kurang kerana Barrack Obama dahulu mendapat  hampir 10 juta undian melebihi beliau dalam Pilihan Raya 2008.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa