Tuesday, December 27, 2016

5 berita pilihan Astro Awani

Rangkuman Pagi: 5 berita pilihan 
Astro Awani |  Disember 27, 2016 08:56 MYT
Rangkuman Pagi: 5 berita pilihan
Cadangan menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas disambut baik.
Berikut adalah berita pilihan editor untuk pagi ini, 27 Disember 2016.

Hanya diberi ubat demam selepas 3 kali ke klinik, kini kami positif malaria - Tok Batin

Pos Kemar, Gerik seperti sebuah kampung tinggal selepas merekodkan 74 kes Malaria. Tok Batin mendakwa sebelum tersebarnya wabak malaria, pesakit yang mengalami gejala demam hanya diberikan ubat demam tanpa sebarang ujian darah walaupun telah tiga kali berjumpa doktor.

Penumpang bas akui ramai tidak pakai tali pinggang keledar


Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman menyambut baik cadangan menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan penumpang tercampak keluar dari bas apabila berlakunya kemalangan, selain mengurangkan risiko kematian.

MRT: PM Najib jemput orang ramai beri maklum balas

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.

Tiga maut dalam bencana taufan di Filipina

Taufan kuat yang membawa hujan lebat dan angin kencang berbahaya ke Filipina melalui gugusan pulau di sekitarnya telah mengorbankan tiga orang.

Taufan Nock-Ten, yang bermula di kepulauan timur Catanduanes pada Ahad dijangka bergerak ke barat dengan kelajuan angin 215 kilometer sejam.
Militan Indonesia rancang serangan tahun baru guna parang, pisau - Polis

Militan Indonesia yang menyokong Daish merancang untuk menyerang pondok polis pada ambang tahun baru menggunakan parang dan pisau, kata jurucakap polis pada Isnin (26 Disember).

Rancangan tersebut telah dilumpuhkan sejurus polis menahan dua suspek di tempat persembunyian mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa