Kehadiran Hadi ke Tehran mewakili Pas, kata Dewan Ulama
| MALAYSIA DATELINE
Kehadiran Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Tehran mewakili parti itu, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
| MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ikiri) ketika menghadiri Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Tehran.
Beliau menegaskan, dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, Pas mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin.
"Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah Pas sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas.
"Pas bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.
"Pas menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak.
"Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar.
"Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan dalam lidah rasmi parti itu.
Justeru katanya lagi, kehadiran Abdul Hadi di muktamar tersebut sebagai salah seorang pembentang adalah bertujuan menegaskan prinsip dan pendirian tersebut.
"Sebelumnya beliau mewakili Pas memainkan peranan bagi meredakan ketegangan pada awal krisis Yaman di zaman Presiden Abdullah Soleh, sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.
"Sebagai makluman, muktamar tersebut diadakan secara tahunan di Teheran sejak 80-an.
"Penglibatan Tuan Guru Hj Hadi merupakan penyertaan tahunan sejak puluhan tahun. Ia juga disertai setiap tahun oleh wakil Hamas dan tokoh-tokoh terkenal seperti Ustaz Oghuzan Asilturk, Ketua Majlis Syura Parti Saadat di Turki, Dr Kamal Halbawi, Presiden Pengasas Rabitah Islam di Britain, Syeikh Tajuddin Hamid Abdullah al-Hilaali, bekas Mufti Australia dan Syeikh Mustafha Cherits, Mufti Agong Bosnia Hezergovina.
"Barangkali mereka yang mengecam penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi dalam muktamar terbabit tidak menyedari permainan dan fitnah media massa dan media sosial moden yang menghiasi kebatilan dengan kebenaran dan menukar kebenaran menjadi kepalsuan, yang menular dalamnya pelbagai sangkaan dan persepsi sedang "persepsi itu sedikit pun tidak boleh menggantikan kebenaran".
"Barangkali juga mereka leka dengan penguasaan media massa gergasi antarabangsa dalam mempengaruhi pandangan awam dunia ke arah yang mereka mahu dan mengawal pandangan umum," ujarnya.
Beberapa hari lalu Abdul Hadi yang juga Naib Kesatuan Ulama Islam Sedunia (Kuis) dikecam oleh beberapa pihak sejak kunjungannya ke Tehran.
Tindakan Abdul Hadi itu turut ditempelak Presiden Kuis Dr Yusuf al-Qadrawi dalam satu kenyataan berkata kunjungan itu dilakukan ketika mazhab Syiah dan Sunni berperang dan dianggap kunjungan itu tidak boleh diterima dikalangan pimpinan Kuis.
Artikel berkaitan : Hadi pertahan kunjungannya ke Iran
its hard to say sorry. maksum tadak dosa mana boleh minta maaf walaupun dah kantoi menipu.
ReplyDeletepas hantar wakil ke tehran...pas ni syiah ke?
ReplyDeletepelik juga..ulama besar dunia ...ketua kuis pun tak pergi...tak iktiraf...mcmna sebuah parti yg hanya ada kat malaysia ni boleh hantar wakil?
ada ape ape ke ni ?
sah dan terang terangan ...lantak ko la...
pergi kerana wakili pas?
ReplyDeletepasal pe nk wakil pas...pas syiah ke?
untuk ahli juga tuan presiden pas...kalau oergi konon untuk menunjuk konon pas menentang kezaliman...tak payah p pun tak pe...kezaliman kemungkaran dalam negara sendiri pun bnyak yang tak terbela....
dah kena sound dengan ketua kesatuan kuis sebab guna nama kuis...boleh kalih cita pulak..sape yg suruh p...mat sabu ke?
dulu beria ria kat kat mat sabu...la ni dah terbalik kot...
memang hangpa lidah bercabang...tak boleh di percaya lagi..tak seperti zaman utz fadhil noor.. tok guru nik aziz..
dah terang lagi bersuluh...hangpa sendiri yg mempertahankan perembagaan penjajah.
100% bercanggah dengan amanat tuan presiden