Tuesday, December 27, 2016

Penjawat yang pegang pada amanah

Pejabat Presiden Korea Selatan Mungkin Diserbu
Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2016 11:03 AM
SEOUL: Pendakwa khas Korea Selatan yang menyiasat skandal rasuah melibatkan Presiden Park Geun-hye berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan sama ada mahu menyerbu pejabat presiden atau tidak.

Jika perlu, ia akan dilakukan secara terbuka.

Pendakwa raya khas itu sedang menyiasat dakwaan bahawa Park berpakat secara sulit dengan rakannya, Choi Soon-sil dan seorang pembantu untuk memberi tekanan kepada syarikat-syarikat besar supaya menyumbang kepada yayasan yang ditubuhkan untuk menyokong inisiatif dasarnya.

"Dalam kes untuk melakukan serbuan ke Blue House... untuk melaksanakannya, tidak ada pilihan melainkan melakukannya secara terbuka," kata Lee Kyu-chul, jurucakap pasukan pendakwa khas pada sesi taklimat media merujuk kepada pejabat presiden.

"Kami masih menimbangkan pilihan sama ada serbuan itu perlu atau tidak dan jika perlu...apakah tujuannya."

Pendakwa raya berkata, mereka memerlukan akses ke pejabat presiden sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Bagaimanapun pejabat presiden menafikan akses.

Park mempunyai kekebalan daripada pendakwaan selagi beliau masih berada di pejabatnya walaupun kuasanya telah digantung pada sesi pengundian Parlimen sebelum ini.

2 comments:

  1. Pres korea ni tak cerdik la. Contact je najib dan dia akan bagi tip mcm mana nak tangani keadaan mcm ni. haha

    ReplyDelete
  2. Jibby cerdik wooo... cerdik menipu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa