Monday, February 20, 2017

Kerjasama PAS-UMNO: Dengan kenyataan ini, kan dah terang tak payah bersuluh?

Bagaimana jika Umno rela PAS menang lebih besar?
Nik Abduh Nik Abdul Aziz        Hari ini, 9:50 pagi
Mereka takut bukan kerana isi pindaan akta ini. Ia kecil dan tak pun menyentuh mereka walau sedikit. Hidup mereka akan kekal aman seperti biasa.

Tetapi, yang mereka takutkan ialah kembalinya umat kepada Islam. Produk mereka tidak lagi akan laku dan laris. Sekular, liberal, kapitalis, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama semuanya akan menuju kubur dan dikambus.

Yang mereka takutkan ialah kesatuan umat Islam. Dengannya, perancangan buruk mereka ke atas umat Islam akan pecah terburai dan gagal.

Itu baru Umno sokong usul PAS di parlimen dan sokong H355 (Himpunan 355 di Padang Merok pada 18 Februari).

Bagaimana selepas ini jika orang-orang Umno dan pemimpinnya mula menerima dan rela jika PAS
menang lebih baik dan lebih besar sehingga 40 kerusi parlimen atau lebih?

Bukankah kesatuan hati umat Islam itu besar kesannya untuk kesejahteraan Malaysia?

Saya sentiasa beriman sepenuhnya bahawa awlawiyat dan keutamaan adalah pada kesatuan umat Islam. Sekarang hampir terbukti bahawa usaha PAS membawa usul persendirian pindaan Akta 355 di parlimen telah pun digerakkan dan didahului oleh sebuah kesatuan umat yang besar yang belum pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara.

Anda menuntut aulawiyat dan keutamaan dalam perlaksanaan syariat Islam? Nah, inilah aulawiyat pelaksanaan.

Kesatuan umat di atas nama Islam. Membina kesatuan itu lebih sukar daripada melaksanakan syariah Islam. Hari ini PAS menghampiri kedua-duanya dengan izin Allah.

Saya mengimpikan kemenangan Islam yang disambut oleh PAS, Umno dan seluruh umat Islam. Kemenangan hasil kesedaran, hormat menghormati, kasih sayang dan persaudaraan Islam tanpa rasa dengki, kecewa dan tewas oleh sesiapa pun.

Begitulah penduduk Mekah dilayan oleh al Rasul SAW pada hari fathu Makkah walaupun mereka masih lagi ahli syirik. Nah, inikan pula kita sesama umat Islam.

Yang tertinggi adalah iman dan ilmu. Iman yang bersinar menjelmakan taqwa. Ilmu yang banyak menjelmakan fiqh (fikah). Dengannya wujudlah para ulama yang bertaqwa dan faqih dalam agama.

PAS sentiasa meninjau permasalahan umat dari semua sudut. PAS membina diri dan ahlinya dengan iman dan ilmu yang dituntut agama.

Sekarang tiba masanya PAS menggabungkan kuasanya dengan kuasa umat Islam seluruhnya. Ia bukan angan-angan. Ia adalah tuntutan demi kekuatan dan kejayaan umat menuju agama dan reda Allah.

NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ ialah ketua pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas. Tulisan ini disiarkan di akaun Facebook beliau. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini

* Jadi tak payahlah Bersatu atau geng-geng PH nak kepoh-kepoh dan berharap. Buang masa saja. Meraka dah pun ada regu. 

Mana tahu selepas PRU14 nanti Hadi jadi PM atau TPM yang diharapkan oleh PAS. Itu pun kalau UMNO bersih dan tak khianat atau cah ketinglah kan?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa