Friday, February 24, 2017

Memalukan: Bila siSerban meracau dirasuk emosi dan kehilangan susila

YB DATO' HUSAM MUSA TENANG, YB DATO' NASSURUDDIN DAUD GARANG TAK BERTEMPAT : UNIT AMAL HILANG KAWALAN

Terpekik melolong YB Dato' Nassuruddin Daud (DND) ketika berceramah isu baiah. Suaranya bertempik ketika membaca ayat suci Al-Quran sambil mencerca dan menghina. Tindak tanduk beliau memalukan rakyat negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan Universiti Politik Terbuka Malaysia. DSD memperlihatkan kemarahannya dan emosi yang jelas tidak terkawal, sedangkan isu baiah ini satu isu perdebatan ilmiah yang memerlukan rasional dan pertimbangan yang tinggi.

Walau diasak kuat, YB Dato' Husam Musa (DHM) tenang mendengar provokasi-provokasi ceramah tidak beretika yang menyerang peribadi DHM dengan menjaja pelbagai fakta yang salah. DHM telah meminta sedikit masa untuk memperbetulkan beberapa tuduhan salah dalam ceramah tersebut, malangnya ruang demokrasi seakan sudah mati di dalam Pas.

Saya sendiri telah memohon kepada pihak penganjur untuk membenarkan DHM berucap walaupun sekejap. Namun, pihak penganjur pula meminta kebenaran daripada DND. Malangnya, singa pada malam itu sudah hilang kejantanannya. DSN 'TAKUT' dan tidak memberi peluang untuk DHM berucap walau tajuk ceramah Pas itu jelas dan nyata mencabar DHM.

DND menyerang DHM kononnya beliau takut untuk berdebat. Para penyokong yang 'totok' pula bertali arus terpekik terlolong memaki hamun, sebagai manifestasi akhlak pejuang Pas barangkali. DND bersama para penyokong yang 'totok' itu terus membuat provokasi. Namun, DHM tetap tenang dan tersenyum melihat telatah pihak yang konon mengaku sebagai membawa budaya politik matang dan sejahtera itu.

Secara tiba-tiba, seorang penonton menerpa ke depan pentas dan melaungkan supaya debat itu terus diadakan. Ini kerana DHM sudah pun berada di pentas. Manakala, DND bagaikan bertih jagung menuduh DHM takut untuk berdebat. Tindakan DND ini tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik bapanya dengan mencabar orang untuk 'ggocoh' namun takut untuk berdepan sebagai anak jantan.

Tindakan penonton tersebut menyebabkan beliau telah dipukul oleh seseorang yang dipercayai anggota Unit Amal. Bahkan,ketika unit pengiring dari Pemuda Amanah Kelantan tiba bagi mengiringi DHM, mereka menghalang kami menjaga keselamatan dan membuat rakaman secara langsung bagi pihak DHM.

Dengan bodohnya mereka meminta kami berundur 100 meter ke belakang dari pentas. Maknanya, kami tidak boleh berada di kawasan ceramah.

Apabila penonton itu telah dipukul, sekumpulan Unit Amal terus menyerbu dan menolak penonton tersebut, bahkan bergelut sesama sendiri. Kami bimbang akan keselamatan penonton tersebut dan membawa beliau keluar dari kepungan Unit Amal yang terus menerkam penonton tersebut.

Anggota Unit Amal dan samseng upahan telah menghalau kami. Saya sendiri dikepung 9 orang anggota Unit Amal sambil mereka mengeluarkan kata-kata kesat dan ada yang mencabar untuk bertumbuk.

Kami tidak berganjak sehinggalah keadaan menjadi tenang dan kami beredar setelah DHM selamat dibawa keluar dari pentas oleh unit pengiring DHM yang bertugas.

Untuk makluman, tidak ada seorang pun Pemuda Amanah yang berbaju jingga. Ini kerana kehadiran kami bermaksud dengan niat yang tenang dan sekadar datang bagi mengiringi DHM apabila beliau mendapat jemputan daripada Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan untuk hadir ke program Pas itu.

Tuduhan yang kononya DHM hadir dan naik ke pentas untuk berdebat adalah satu tuduhan yang salah. Beliau hanya meminta sedikit ruang untuk bercakap sekiranya mendapat kebenaran.
Malangnya, permintaan DHM bagi membela dirinya yang dijadikan "punching bag" dalam ceramah tersebut ditolak mentah oleh DND dan penganjur. Jelas terserlah sikap penakut dan bacul Pemuda Pas selaku penganjur dan DND selaku pencabar untuk berdepan dengan DHM.

Pemuda Amanah juga berharap Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan bersikap jantan apabila menganjur sesuatu majlis. Selepas menganjur program yang jelas untuk menghina dan mengaib peribadi seseorang, kenapa perlu takut apabila kami menghadirkan diri. Kenapa perlu mendapat restu kelulusan DND kerana penganjurnya adalah Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.

Kepada DND, kamu tidak perlu bersikap seperti singa yang hilang taring, hanya pandai mengaum tetapi pengecut apabila diajak berdepan.Berdialog sinergilah secara dua hala, bukan terpekik terlolong berseorangan kemudian mendabik dada mengaku jantan. Nah pihak lawan sudah tampil kedepan, kamu pula lari berselindung di sebalik rostrum dan mengarut itu dan ini.

Pemuda Amanah Kelantan juga berharap pimpinan Pas negeri Kelantan masih kekal waras dan menunjukkan akhlak-akhlak Islam seperti mana acuan Allahyarham Tok Guru.

Mungkin kita bertempur dalam aktiviti politik namun janganlah kita lupa bahawa kita seorang muslim yang berakhlak. Politik ini hanya kenderaan untuk menuju ke tempat yang sama. Kecuali jika Pas kini memang naik kenderaan sama yang dinaiki UMNO.

Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah Kelantan

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa