Saturday, February 18, 2017

Tragedi basikal: “Mereka yang maut adalah generasi remaja bermasalah"?

Tragedi basikal: Sedih tapi tak tragik, kata Nur Jazlan

 | February 18, 2017
Sebagai ahli Parlimen di kawasan kemalangan, beliau ucap takziah tetapi menggesa “generasi remaja bermasalah” dikenakan perintah berkurung supaya tidak melepak di jalanan pada waktu tengah malam.
PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurung bagi mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan Johor Bahru pada waktu malam, susulan kemalangan maut mengorbankan 8 remaja lelaki maut di negeri itu.
Awal hari ini, dilaporkan sebuah kereta merempuh sekumpulan 16 remaja yang sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, dengan 6 mangsa maut di tempat kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah.
Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai dan timbalan menteri dalam negeri berkata kemalangan itu “menyedihkan tetapi tidak tragik”.
“Sebagai ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai,” katanya kepada FMT.
Nur Jazlan berkata remaja seperti itu tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu, untuk berlumba.
Katanya, perlumbaan seperti itu berlaku sejak lebih 10 tahun lalu dan polis mengambil tindakan secara berkala.
“Tetapi ia membazir sumber penguat kuasa polis untuk menangani budak-budak ini.
“Mereka yang maut adalah generasi remaja bermasalah yang mengancam kenderaan di jalanan terutama pada waktu malam,” katanya.
Sehubungan itu, katanya pelaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam.
Nur Jazlan berkata ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mengetahui di mana anak masing-masing berada dan tidak membenarkan mereka berada di luar, sedangkan pada waktu seperti itu, mereka sepatutnya tidur di rumah.
Awal hari ini, polis berkata semua mangsa ialah sebahagian daripada sekumpulan 30 hingga 40 remaja, berumur antara 13 dan 17 tahun, yang keluar berbasikal.
Dipercayai remaja terbabit menghalang beberapa jalan sebelum dirempuh kereta berkenaan di Jalan Lingkaran Dalam.
Polis berkata pemandu kereta berusia 22 tahun yang merempuh remaja terbabit, tidak berada dalam keadaan mabuk atau memandu laju.

4 comments:

  1. Sebab utama kemalangan atas j.raya adalah kelajuan dan kurang fokus.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tahu dari awal bebudak yg dikatakan 'bermasalah' tu pernah ada disitu untuk tujuan tertentu, kenapa baru sekarang nak melatah, nak bagi tau seperti bebudak tu yg bersalah? Nak tanya AP.... adakah jalan lingkaran dalam tu tidak membenarkan pengguna basikal lalu diatasnya?

    Bukan nak mengeruhkan keadaan.... kemalangan adalah trgedi, peristiwa yg. sepatutnya kita sambut dengan tanggungjawab bersama berkongsi untuk membantu mereka yg terlibat dalam tragedi ini.

    Yang lebih afdal kita serahkan pihak keluarga , bantu keluarga mangsa dari sudut perundangan yang adil. Sekarang ni kalau penghuni melakukan pembunuhan perompak dalam rumah sendiri pun kena hukum gantung...!!!!!



    ReplyDelete
  3. Apa tindak kerajaan menangani masalah remaja bermasalah? Mungkin selepas ini golongan ini akan terus bertambah di mana, pusat-pusat latihab kemahiran tidak mengisi kekosongan kerana kekekangan kewangan kerajaan. Dalam masa yang sama kerajaan lebih mementingkan kemewahan para pemimpin, inilah Malaysiaku sekarang.

    ReplyDelete
  4. Senangvcakap alauto la hang nurjazlan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa