Wednesday, April 19, 2017

Akhirnya pembunuh gila ini membunuh diri - video inside

'Pembunuh Facebook' akhirnya bunuh diri
Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 19, 2017 08:50 MYT
Stephens menembak mati seorang warga emas, Robert Godwin, ketika lelaki itu sedang berjalan kaki ke rumahnya di Cleveland.

SUSPEK yang diburu polis selepas menembak mati seorang lelaki dan menyiarkannya secara langsung di Facebook, membunuh diri pada awal pagi Rabu.

Steve Stephens, 37, menjadi buruan pihak berkuasa di seluruh Amerika Syarikat selepas video tersebut disiarkan melalui akaun Facebook miliknya.

Polis Pennsylvania memuat naik status memaklumkan perkembangan kes Stephens ke akaun Twitter mereka.


  1. Steve Stephens was spotted this morning by PSP members in Erie County. After a brief pursuit, Stephens shot and killed himself.

Portal CNN melaporkan, orang awam mengenal pasti kenderaan milik Stephens di restoran makanan segera di daerah Erie, Pennsylvania, dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Berlaku adegan kejar-mengejar antara polis dan Stephens, namun ia berakhir dengan penjenayah itu menembak diri sendiri di bahagian kepala.

Ahad lalu, Stephens menembak mati seorang warga emas, Robert Godwin, ketika lelaki itu sedang berjalan kaki ke rumahnya di Cleveland. Godwin dilaporkan baru sahaja pulang dari makan malam bersama keluarganya.

Anak Godwin, Brenda, bagaimanapun menyifatkan kematian Stephens sebagai 'tidak adil'.

"Saya harap dia menerima hukuman yang lebih menyakitkan, setimpal dengan apa yang dilakukan terhadap bapa saya.

"Mati dengan cara menembak diri sendiri cukup senang untuk penjenayah seperti dia," kata Brenda.

Siasatan polis mendapati Stephens tidak mengenali Godwin dan dikatakan bertindak ganas kerana marah dengan teman wanitanya, Lane.

Ia mungkin ada kebenarannya memandangkan Stephens meminta Godwin menyebut nama Lane sebelum menembak mati lelaki itu.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, kesal dengan insiden tersebut dan berjanji untuk mencari jalan agar laman sosial paling popular itu tidak digunakan untuk tujuan jenayah.

"Kami ada banyak tugas yang perlu dilakukan untuk mengelakkan hal seperti ini terjadi lagi," kata Zuckerberg di persidangan F8, pada Selasa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa