Saturday, April 15, 2017

Di Kelantan Ahli Amanah 1458 orang saja?: Kekadang kena baca juga bagaimana Wala'un bersilat dan mengatur kata

Dengan Ahli 1458 orang Mampukan Parti PAN bertanding 40 Dun di Kelantan?
Semalam lebai 'menonton' ceramah parti PAN di Jelawat. Lebai nak tahu juga maklumat dikatakan ada pembukaan cawangan baru. Bukan apa lebai sekarang ni sedang membuat 'kajian' tentang kekuatan parti PAN di Kelantan yang dikatakan negeri PAN paling bergiat cergas.

Lebai nak juga mendengar penafian Husam Musa berkenaan wang yang disalurkan kepadanya yang diwar-warkan dalam media sekarang ini. Husam tak sempat makan di rumah Baba pengasas pondok Jelawat. Katanya nak siap ucapan. Tapi ceramah semalam masih gagal menjelaskan keraguan berkenaan wang tersebut.Husam terus menikus dalam isu Rafizi menyerang Azmin dan PAS.

Lebai tahu Husam tak mampu menjawab kerana memang dia ambil duit itu tanpa pengetahuan PAS untuk membina kekuatannya dirinya di atas nama satu badan tertentu termasuk Kijang Care. 
Hari ini lebai nak dedah 2 penggunaan duit tersebut.

1.  Harakah pernah nak buat meja makan. Harakah memohon permohonan kepada Cikgu Pa selaku pengerusi Harakah tapi Cikgu PA kata Harakah tak ada duit. Mereka sebut pada Husam Husam terus berikan duit.

2.  Harakah nak tambah muka surat dan buat cetakan khas untuk PRK. Minta duit dengan Cikgu Pa. Cikgu Pa kata tak ada duit. Husam sekali lagi berikan duit untuk cetakan tersebut yang melibatkan kos sangat besar.

Sangat banyak.Lebai berikan 2 dahulu cukup untuk kali ini. Dua ni kalau nak mudah... pergi jumpa dan tanya Zul Sulong sekarang ni dia kerja dan jadi bos akhbar PAN dengan menggunakan nama samaran. Kalau dia tak mengaku lebai akan dedahkan nama samarannya. 

Tapi penulisan lebai bukan nak bicara duit Husam yang kini dah nak habis... dia pun 'slow' sikit maklum duit tak ada. DAP pun sekarang tak banyak menghulur. 

Lebai nak bincang pasal PAN nak bertanding 40 kerusi Dun di Kelantan.

Lebai telah mengulas sebelum ini bagaimana Dr Hatta Mohd Ramli dalam ceramah perlancaran Bilik Gerakan parti PAN Kelantan. Sila baca di sini.

Pan ada ahli terakhir di Kelantan seramai 1458 orang dibahagi dengan 40 Dun, maka tinggal 37 orang setiap Dun. 

Kita kena sedar semasa PRU-14 nanti setiap kawasan dan Dun akan sibuk dengan tugas-tugas masing di Dun masing-masing. Sekarang mereka boleh berkumpul dan pimpinan negeri lain boleh datang. Tapi PRU-14 nanti sukar untuk berbuat demikian. Mampukah 37 orang ini berkerja untuk PRU-14 nanti?
Pada majlis perasmian tersebut Dr Hatta Mohd Ramli berucapan 54 minit ++ menerangkan strategi bilik gerakan yang harus dilakukan untuk bergerak untuk menghadapi PRU-14 yang sudah hampir katanya.

Lebai akui Hatta ni pakar bilik gerakan. Semasa dalam PAS dulu dialah yang menyusun strategi dan membentuk 30 unit bilik gerakan dikenali sebagai JPRK. Tapi Hatta tahu PAN tak mampu buat sebagaimana PAS, jadi dia kecilkan JPRK ini kepada 20 unit sahaja. Dia kecilkan dan satukan unit-unit tersebut kerana PAN sangat kekuarangan ahli. Itu pun 20 orang setiap Dun sangat berat untuk PAN nak merealisasikannya.

Hatta Ramli tukar strategi dia mengambil contoh bagaimana DAP bergerak iaitu menggunakan sukarelewan. Jadi PAN sekarang mencari sukarelawan bukannya daripada ahlinya terutama mereka yang simpati atau pelajar universiti. Jika ini tidak mampu mereka akan mengaji orang-orang yang dipercayai yang mungkin melibatkan kos besar dan ini membebankan parti PAN yang makin kekuarangan kewangan.
Lebai tak nak bincang dan dedahkan 20 unit tersebut. Lebai nak tunjuk satu aje iaitu "Polling Agent dan Counting Agent" (PACA). PACA tugasnya ialah bersama SPR semasa PRU yang duduk dalam tempat mengundi dan mereka menjaga peti undi selain membantu membuat analisis pengundi yang hadir mengundi bagi tindakan bilik gerakan mencari pengundi yang belum mengundi. SPR memanggilnya sebagai "Agen Tempat Mengundi"

PAS memang memberikan perhatian lebih kepada PACA dan kursus khas kepada PACA akan dibuat. PACA memerlukan tenaga yang ramai bergantung kepada berapa saluran tempat mengundi bagi sesuatu lokaliti. Sebab itu satu DUN memerlukan lebih daripada 30 orang PACA terlatih dimana yang terakhir dia mempunyai wuduk dan akan bersolat maghrib dihadapan peti undi bagi menjamin keselamatan peti undi.

Agaknya semasa PRU-14 nanti, AGEN TEMPAT PARTI PAN ADA ORANG TAK??
Atau tinggal meja kosong aje?? 

Lebai semasa bercakap dengan kawan rapat Dr Hatta Mohd Ramli, lebai banyak perli dan sindir dengan kemampuan parti PAN untuk bertanding di Kelantan. Dia juga menyedari tentang apa yang lebai sebutkan. Itu memang ancaman kepada PAN yang sangat sukar dibantu. 
Lebai tanya, bagaimana ahli IKRAM yang menyertai PAN?? 
Ahli IKRAM hanya boleh berniaga dan berusrah aje. Kerja politik mereka bodoh! Nak duit mereka mungkin dapatlah keluah kawan lebai yang sekarang ini berada dalam Jentera Pilihanraya parti PAN.

Kesimpulannya.

Strategi parti PAN yang berceramah setiap hari di Kelantan dan mengempur PAS bukan apa, hanya sekadar untuk memberikan tekanan kepada PAS supaya PAS bersama dengan PAKATAN HARAPAN.

Tapi akhirnya strategi ini makan diri dan PAN tersempit bila bersatu wujud.

Kata kawan lebai tadi, bila BERSATU bersama PH, beban PAN untuk bertanding 40 kerusi DUN menjadi makin ringan kerana berkongsi dan jika PKR putus dengan PAS maka beban itu makin lagi ringan tetapi PKR katanya di Kelantan macam tak ada.

Masalah Bersatu pula katanya, mengikut analisis yang PAN lakukan akan membantu PAS jika berlaku pertandingan 3 penjuru kerana jika BERSATU bertanding mewakili PH, undi UMNO akan terjejas dan ini membuatkan PAS lebih selesa.

Jadi tanya lebai??

PAN memang delima, tension!! Jawab ringkas dan itulah tanda akhir perjumpaan kami dan dia pun bangun bayar makanan. Lebai dapat maklumat dan makanan free... terima kasih

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

3 comments:

  1. Salam, Saya orang kg Bukit Bator, Jelawat. Keahlian PAN jajahan Bachok pun hampir 5 orang....rujuk dan siasat dulu sebelum menulis.

    ReplyDelete
  2. Ahli ramai tp menang kerusi paling sikit. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Sekiranya penulis ahli PAS, sememangnya dia ahli PAS yang terbukti menyerlahkan ketololan dan kebangangan seperti yang ada pada kepimpinan mereka. PAS For All Ulamak and Ustad Tolols

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa