Sunday, April 16, 2017

Kenyataan bagang yang memalukan!

Korang ingat tak siapa yang beria-ia yang mahukan PAS putus hubungan dengan PKR dan pihak mana pula yang berusaha cuba melunakkan hubungan?

Dah berapa cangan dan negeri yang mengundi mahukan PAS memutuskan hubungan dengan PKR?


Tup-tup......Rafizi pula yang dituduh menjadi penyebab!

Puji Azmin pulak dah......bodoh bangang ker apa?

Inilah jenis kepala hotak TMB balak negri aku!


Rafizi Cuba Pecah Belahkan PAS, PKR - Mohd Amar
Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 6:07 PM
Mohd Amar Nik Abdullah.

ALOR SETAR: Naib Presiden PAS,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat cuba untuk memecah- belahkan hubungan politik antara PAS dan PKR .

"Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk pastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.

"Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR," katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Rafizi membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa telah menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, kemenangan tanpa bertanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang  Muktamar Pusat Ke-63 hujung bulan ini membuktikan sokongan pasu anggota PAS terhadap kepimpinan mereka.

"Ini sekaligus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa  anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS," katanya. - Bernama

* Contoh: Pemuda Pas Kelantan lulus usul putus hubungan dengan PKR

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa