Sunday, April 16, 2017

Kerana Trump enggan dedahkan penyata cukainya: Penyokong dan Anti Trump bertempur

Penyokong, Anti Trump Bergaduh
mStar - Diterbitkan: Ahad, 16 April 2017 10:12 AM
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan selepas penentang dan penyokong Presiden Donald Trump bertembung di sebuah taman ketika berarak di Berkeley, California.

Polis memberitahu media tempatan, tercetus pergaduhan antara kedua kumpulan termasuk letupan mercun dan semburan serbuk lada.

Penyokong Trump dikatakan merancang untuk mengadakan perarakan Hari Patriot pada tengahari, bagaimanapun kumpulan penentang telah muncul beberapa jam lebih awal di lokasi sama.

Dilaporkan, beratus-ratus orang berkumpul di taman berkenaan termasuk penyokong Trump yang mengadakan perhimpunan kebebasan bersuara, manakala penentang dasar-dasar Trump menjerit dan melaungkan protes.

CNN melaporkan 14 orang ditahan berikutan insiden itu. Bantahan itu dibuat bertepatan dengan tarikh 15 April iaitu tarikh akhir untuk memfailkan cukai AS.

Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul semalam di bandar-bandar utama di seluruh Amerika Syarikat untuk memberi tekanan kepada Trump supaya mendedahkan penyata cukainya, satu langkah ketelusan yang enggan beliau lakukan. - AFP

* Kita pula ada tak mana-mana pemimpin yang dedahkan penyata cukai untuk contohi ketelusan? Nak istihar harta pun bermacam-macam dalih tapi sebaliknya kita yang berjawatan sengket tanpa kuasa dan bergaji ciput diarahkan pula mengistiharkan harta

1 comment:

  1. Paling bangsat bila penerima BR1M diminta istihar harta untuk dapat baki fasa 2 & 3. Apa LHDN tak boleh minta sendiri penyata akaun dari bank kah? Buat diam2 bkn ada yang tahu. Kuasa dlam tangan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa