Sunday, April 16, 2017

RUU355 dari Hudud dia kata bukan Hudud: Dah tu di sini siapa babi dan najis sebenarnya?

Ular, buaya, syaitan: Hadi serang lagi pengkritik RUU 355
  | April 16, 2017
Dengan menggunakan pelbagai bidalan dan perbandingan, Hadi sekali lagi membidas mereka yang mempertikaikan usaha melaksanakan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam.
PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menyerang mereka yang mengkritik usahanya untuk memperkenalkan hukuman lebih berat di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dengan menggunakan pelbagai perumpamaan membidas penentang rang undang-undang meminda akta itu, atau RUU 355.
“Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan.
“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Hadi dalam penulisan terbarunya.
Pada 6 April, Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, bagi membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.
Ia bagaimanapun disusuli kekecohan apabila beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan bangun mempersoalkan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menangguhkan sesi Dewan Rakyat tanpa memberi laluan untuk perbahasan.
Hadi memuji tindakan Pandikar, dan berkata ia memberikan peluang supaya RUU itu dibahaskan secara lebih terperinci apabila Dewan Rakyat bersidang lagi pada Julai, sambil menyifatkan kaedah yang digunakan PAS sebagai “proses demokrasi paling lembut perjalanannya”.
Ular dan buaya timbul
Penulisan Hadi yang sarat menggunakan bidalan dan perbandingan itu berkata, RUU itu disokong oleh PAS dan wakil rakyat Umno, “namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya”.
“Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355,” katanya.
Sebelum Hadi berucap membentangkan usulnya pada 6 April, pemimpin DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah bangun mendakwa Speaker tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Hadi berkata cadangan melaksanakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah adalah sesuatu yang asas dan menerima sokongan padu umat Islam walau pun yang pegangan agama mereka “sebesar zarah paling halus”.
“RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.”
Sebaliknya, Hadi menganggap mereka yang menentangnya melakukan demikian secara membabi buta.
“Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula,” kata Hadi.
Menurut Hadi, menghalang RUU merupakan “kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam”.
“Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.”

* Kalau dah mulut hodoh, korang rasa hatinya suci murnikah? Tok Guru?
Jauh beza yang digelar Tok Guru dari Kelantan dengan Tok Guru Terengganu nampaknya!

4 comments:

  1. Dah hilang akal dah ketua lebai ni...........

    ReplyDelete
  2. Adakah so-called ulama spt ini pewaris nabi? Adakah nabi bercakap mcm ni

    ReplyDelete
  3. Akhirnya akibat kerap sangat mengata dan mentolol orang, akhirnya terzahir dan makin menyerlah ketololan lebai seekor ini

    ReplyDelete
  4. Macam mana orang tak was-was, Husam yang tegur pentadbiran kerajaan PAS yang pincang hangpa pecat, yang Nasarudin beri komen buruk pasal PAS masa PRU dulu hangpa buat sengap. Bukankah itu double standard? Macam mana kalau hangpa buat perkara yang sama dalam praktikal kehakiman syariah? Togoi togoi togoi punya kepimpinan ularmak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa