Monday, May 1, 2017

Bila geng-geng 'Baghal' berlakon dan menipu!

Ahli PPBM yang umum keluar parti rupanya kantoi menipu

BILA nak dekat pilihanraya macam biasalah, akan ada banyak berita tentang ahli-ahli parti pembangkang keluar parti dan masuk Umno. Ini cerita biasa masa nak pilihanraya.

Dua tiga menjak ini heboh kisah ahli-ahli daripada parti BERSATU (PPBM) keluar parti dengan alasan tidak lagi percaya dengan kepimpinan parti tersebut.

Cuma aku terasa lucu dengan lakonan mereka kali ini, mereka kata keluar daripada PPBM dan mahu sertai Umno, tapi borang daftar keahlian PPBM yang dibakar dan ditayang kepada pihak media.
Kalau borang daftar ahli yang kau bakar, itu tandanya engkau daftar ahli PPBM pun belum, kalau daftar ahli pun belum maknanya kau bukanlah ahli PPBM maka tak ada lah istilah keluar parti.

Kalau betul mereka ini adalah ahli-ahli daripada parti PPBM, sepatutnya mereka tunjukkan kad ahli PPBM dan bakarlah depan wartawan depan pihak media.

Lagipun kalau mereka benar-benar telah mengisi borang menjadi ahli PPBM, tentu sekali borang tersebut sudah dihantar kepada bahagian pendaftaran ahli parti PPBM untuk diproses, mustahil mereka boleh membakar borang yang sudah dihantar kepada parti.

Pendek data mereka ini semua sebenarnya bukanlah ahli PPBM, mereka sekadar berlakon menjadi ahli PPBM, dan berpura-pura keluar parti tersebut dengan membuat gimik membakar borang daftar parti PPBM.

Sebenarnya lakonan bodoh ini sekadar mengesahkan lagi kebodohan penyokong-penyokong Umno yang masih tinggal dalam parti itu. 

"Inilah jadinya bila orang bodoh cuba menipu, dia ingat orang lain semua bodoh macam dia,"   - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa