Wednesday, May 24, 2017

Isu perkauman: Benarkah rakyat tidak terpengaruh?

Rakyat tidak terpengaruh isu perkauman
23 Mei 2017 | A.SHUKUR HARUN

Pengundi tidak akan terpancing dengan isu perkauman yang hanya untuk menyedapkan hati.

Isu perkauman dan extrime agama tidak mungkin mendominasi suasana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, betapapun ada usaha berterusan oleh pihak tertentu untuk mengenengahkannya.

Ini kerana isu yang lebih penting – kehidupan rakyat yang sangat tertekan, isu rasuah dan penyelewengan serta ketirisan dan pembaziraan – mendominasi pemikiran rakyat.

Oleh itu pihak yang sering berusaha mengenengahkan isu perkauman dan extreme agama, atau pemikiran agama yang sempit, tidak akan mmpengarusi pemikiran pengundi.

Mereka akan kecewa justeru rakyat lebih memikirkan isu ‘periuk nasi’ atau isu kehidupan harian mereka yang sangat tejejas dengan kenaikan harga barang.

Malah, orang luar bandar, yang biasanya mudah dipengaruhi isu perkauman ini, juga sudah semakin tidak memikirkannya, justeru yang mereka fikirkan sekarang ialah nilai wang yang mereka bawa ke pasar atau ke kedai biasa semakin mengecil dan mengecil.

Dengan penutupan beberapa syarikat, pembuangan pekerja menyebabkan bertambahnya pengangguran menyebabkan rakyat biasa sangat resah dengan kehidupan yang sangat meneka ini.

Inilah yang sangat difikirkn oleh rakyat, menyebabkan mereka tidak berminat dengan isu perkauman.
Bayangkan jika seorang pekerja biasa di bandar untuk makan tengah hari saja perlu mengeluarkan wang antara tujuh atau lapan ringgit untuk di restoran biasa, malah di gerai tepi jalan saja.

Belum lagi sarapan atau makan malam bersama keluarga.
Bayangkan kalau dulu membawa RM50 untuk ke pasar sudah cukup, kini berganda jumlah wang yang hendak di bawa ke pasar.

Belum lagi belanja persekolahan anak dan kini hendak menghadapi hari raya pula.

Bagi yang membayar ansuran bulanan rumah – flet atau rumah teres biasa – maka mereka menghadapi keadaan yang sangat sulit untuk membayarnya dengan pendapatan yang rendah dan sederhana ini.

Demikian juga sudah tentu pakaian baru hari raya untuk anak-anak sukar diganti.

Oleh itu, dengan PRU yang akan menjelang ini, maka isu perkauman dan pandangan agama yang sempit tidak akan mendominasi pemikiran rakyat.

Ada pemimpin politik masih menyuruh rakyat berjimat. Jawapan rakyat kepada soalan seperti ini ialah “Apa lagi yang hendak dijimatkan, sedangkan wang yang ada ini cukup makan yang perlu saja.”

Dalam suasana yang begini, mereka tidak akan terpancing dengan isu perkauman yang hanya untuk menyedapkan hati. Tidak mungkin isu ini boleh mempengaruhi rakyat.

Oleh itu, PRU yang akan datang ini rakyat mahu melihat perubahan ke arah kehudpan yang selesa kepada mereka.

Mereka menentang perlakuan rasuah – kecil dan besar – pembaziran, penyelewengan, keteresan dan sebagainya.

Justru bagi rakyat, perbuatan seumpama inilah yang merosakkan kehidupaan rakyat dan negara.

* Pada aku rumusan dari A. Shukur Harun ini agak kabur

Adakah siTua Melayu di kampung-kampung memahami situasi susah dan rasuah yang dihadapi sekarang kerana bawaan politik?

Tak terbakar dan gentarkah mereka dengan hantu cina yang dimomokkan?
Yang mengagungkan bangsa itu, adakah semuanya yang tidak berpendidikan?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa