Tuesday, May 30, 2017

Kesian TITM: Politik Matang - Masih ramai ketua yang berfikiran 'Natang'!

* Kapir DAP jer ke yang ke majlis berbuka?

Atau selain dari DAP seperti yang bukan Islam dari kemponen BN tidak kapir ke?

PAS tegur ahli persoal DAP sertai majlis buka puasa

  | May 30, 2017
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli dan pimpinan perlu bertindak sejajar dengan pendekatan politik 'matang dan sejahtera'.
KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan ahli dan pimpinannya supaya berhati-hati ketika meluahkan pandangan mereka melalui media sosial, selepas catatan Facebook seorang ketua PAS cawangan yang mengecam pimpinan DAP yang turut serta dalam majlis berbuka puasa.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menjauhkan diri dari pandangan Yang Dipertua PAS Gombak Salehhuddin Nasir yang “meluat menyampah” melihat pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam.
“Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh,” tulis Salehhuddin.
Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata PAS merupakan gerakan dakwah dan perlu mendekatkan masyarakat bukan Islam “walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama”.
“Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama,” katanya dalam kenyataan.
Penulisan Salehhuddin itu mengundang kecaman PKR dan Amanah. Ia juga selang beberapa hari sebuah protes di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, di mana lebih kurang 50 orang peserta mewakili pertubuhan bernama “Jaringan Muslimin Pulau Pinang” berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh menyertai majlis buka puasa melainkan beliau masuk Islam.
Tuan Ibrahim berkata ahli dan pimpinan parti perlu “mengawasi setiap tulisan dalam apa jua media sosial”.
“Disiplin tulisan perlu dijaga sentiasa,” katanya.
“Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi.”
Kaitan:
PKR dan Amanah membidas kenyataan seorang pemimpin akar umbi PAS mengenai pemimpin DAP berbuka puasa dengan orang Islam

2 comments:

  1. Bukan politik matang tapi politik natang hihi

    ReplyDelete
  2. Non-Islamic Muslim...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa