Thursday, May 11, 2017

Penanggal nak ambil bayi: Tak tahu nak percaya atau tidak?

‘Penanggal mahu ambil anak saya'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 10 Mei 2017
Wartawan Sinar Harian menemu bual Man yang berkongsi cerita mengenai gangguan penanggal di kampungnya

CERITA mengenai makhluk halus yang berkeliaran dalam dunia maju hari ini sewajarnya sudah tidak wujud lagi, sementelah umat Islam kini banyak berubah ke arah positif mengamalkan gaya hidup Islamik berbanding sebelum zaman merdeka.

Namun, hal itu seumpama hanya disembunyikan di sebalik pakaian moden, sebaliknya masih ramai yang mempercayai dan mengamalkan perbuatan khurafat.

Baru-baru ini timbul cerita mengenai bebola api yang mengganggu penduduk di sebuah perkampungan menuju ke Tok Bali.

Ia cerita kali kedua selepas Sinar Harian mendengar cerita sama, dimaklumkan seorang pemancing yang melihat bebola api itu di atas kubur Bachok.

Difahamkan, bebola berapi itu lazimnya adalah jelmaan makhluk halus yang digelar sebagai penanggal bagi negeri di semenanjung atau balan-balan di Sabah.

Isteri dikacau ketika tidur

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 30, pada mulanya juga enggan mempercayai kewujudan hantu dan jembalang di kampungnya kerana dia tidak pernah mengalami sebarang gangguan ketika pulang lewat malam ke rumah ibunya.

Namun katanya, selepas isterinya diganggu dia mula mempercayai mengenai kewujudan makhluk halus itu.

Man berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membawa isterinya yang ketika itu baru beberapa bulan hamil anak sulung, pulang  ke kampung.

Menurutnya, ketika tidur dia tersedar apabila melihat isterinya mengigau dan meracau.

“Puas saya kejutkan dia tapi dia tak sedar. Sudahnya saya jirus air pada mukanya barulah dia sedar.

"Ketika di kampung, isteri saya tak cerita apa yang berlaku. Dia cerita selepas kami pulang ke rumah sewa di Kota Bharu.

"Isteri kata ketika tidur dia didatangi penanggal yang mahu ambil anak dalam kandungan. Keesokan hari kami nampak ada titisan darah di depan rumah,” katanya.

1 comment:

  1. I think the admin of this site is truly working hard for his web page, for the reason that here every information is quality based information.

    Also visit my website - design t shirts store

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa