Wednesday, July 5, 2017

Canggih dan bijak cara mereka ni ek?

Dakwaan alat radar hilang: SPRM ambil keterangan 6 individu

  | July 4, 2017
6 individu daripada Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pegawai kastam dipanggil untuk membantu siasatan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan 6 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kehilangan sebuah kontena dipercayai mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dari Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor baru-baru ini.
Menurut sumber, mereka yang diambil keterangan terdiri daripada Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pegawai kastam yang bertugas di pelabuhan tersebut.
“Mereka yang berusia antara 37 dan 48 tahun hadir di Pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 pagi tadi untuk memberi keterangan.

“SPRM juga dalam proses meneliti beberapa dokumen berkaitan yang diperoleh daripada pihak pelabuhan berhubung kejadian tersebut,” kata sumber.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

”SPRM kini dalam proses mengenal pasti sekiranya wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam kejadian itu.

“Selain itu, SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya. 

Beliau berkata kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu, bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut. 

Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kontena itu yang tiba dari Australia mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi bernilai jutaan ringgit hilang ketika transit di pelabuhan berkenaan.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata, barang terbabit sepatutnya dihantar ke Belanda melalui negeri ini, namun, ia tidak mempunyai permit yang diperlukan, menyebabkan ia ditahan. 

Menurut laporan akhbar itu lagi, semua peralatan ketenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

Laporan sebelum ini:
Kastam: Radar canggih tentera tak hilang, sudah sampai Belanda

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa