Monday, July 10, 2017

Kalau benar berita ni, memang hebatlah Shafee!

Anwar minta Najib jelaskan jika Shafee terlibat lanjut khidmat hakim
10 Julai 2017 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kepastian mengenai dakwaan bahawa peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar atas) terbabit dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin.

Bekas ketua pembangkang itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengesahkan dengan segera sama ada perkara itu adalah benar atau tidak.

“Saya telah difahamkan bahawa peguam Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Md Raus dan Zulkefli.

“Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata lanjutan perkhidmatan selama untuk tiga tahun dan dua tahun masing-masing untuk Md Raus dan Zulkefli mengundang reaksi cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Malah katanya, beberapa bekas hakim mahkamah persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas,” katanya.

Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, telah memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.

Sabtu lalu, Badan Peguam Malaysia melabelkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman sebagai "terang-terangan menyalahi perlembagaan".

Bagaimanapun, Muhammad Shafee mempunyai pandangan berbeza dan berkata hampir semua orang menyangka Md Raus melantik dirinya sendiri dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjadi hakim tambahan.

Namun katanya, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria adalah orang yang melantik Md Raus sebelum beliau bersara pada 30 Mac 2017.

* Teringat aku itu Lawyer "correct, correct, correct" di zaman Mahathir. Maknanya selepas Hussein Onn ada saja Lawyer yang kononnya kuat berada di belakang PM

1 comment:

  1. Below, then, Wallstreet and Big Acrylic, is what it boils
    down to. The protesters aren't any longer providing
    you a totally free experience, in which you're able to set the
    laws, set your mega-pay, hide your hard earned money
    in tax havens, appreciate sweet duty costs at the arms of ever-willing politicians, and await your bailouts as desired.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa