Sunday, July 9, 2017

Zahid Dan Hishammuddin Sahkan Kuasa Politik Umno Perlu Ditamatkan

Posted on Sunday, July 09 @ 15:47:23 MYT by paktam
Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar

1. Hari ini Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein riuh dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian dengan *mengugut akan melondehkan serta mendedahkan keburukan Tun Mahathir (Tun M) dalam tempoh 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno jika Tun M terus menyerang Najib dan kerajaan Umno Barisan Nasional sekarang*.

2. Mereka membangkitkan kesalahan lampau Tun M ekoran *kebimbangan Umno dengan pakatan politik Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bersama rakan parti pembangkang dari DAP dan Amanah yang mampu menghilangkan kuasa politik UmnoBN*.Rakyat sedang melihat pakatan politik baru Tun M dan DSAI serta pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai suatu pengorbanan besar demi rakyat dan negara dengan mengenepikan perbezaan dan permusuhan politik masa lampau.

3. Sejarah telah membuktikan apabila negara dalam bahaya yang amat sangat dan rakyat begitu terancam, maka akan ada *negarawan dan pihak yang bertentangan akan bersatu dan bersama berjuang menetang musuh besar negara dan rakyat* sebagaimana yang berlaku antara Hamas dan Fatah apabila bersatu menentang Israel Zionis.Begitu juga di Indonesia berlaku banyak pihak yang bertentangan akhirnya bersatu menentang regim Suharto dan melakukan reformasi untuk Indonesia yang lebih demokratik.

*DULU HANG 'SAPU' KAMI DIAM..LA NI PELUANG KAMI NAK 'SAPU' HANG PUN KENA DIAM*.

4.Tun M dan DSAI serta pimpinan utama PH adalah negarawan ulung. *Mereka mampu mengenepikan perbezaan pendapat dan permusuhan politik mereka demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara* daripada kebobrokan regim MO1,Isteri MO1,Jho Taek Low dan UmnoBN.Kenyataan Zahid,Hishammudin dan pimpinan kanan UmnoBN yang *mahukan Tun M 'menjaga mulut ' serta mendiamkan diri dari terus menyerang Najib dan kerajaan UmnoBN kerana menurut mereka Tun M sendiri sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri juga melakukan banyak kesilapan*.Tetapi pimpinan Umno dan kerajaan pada waktu itu menutup demi menghormati dan melindungi Tun M.

5. Mereka mendakwa *jika dahulu mereka boleh menutup kesalahan Tun M sewajarnya Tun M juga menutup kesalahan Najib dan kerajaan sekarang*.Bagi saya ini bermakna mereka mengesahkan segala dakwaan pembangkang terhadap penyelewengan Najib dan kerajaan sekarang.Kenyataan yang mereka keluarkan sedemikian menunjukan *budaya UmnoBN ialah menjadikan kewajipan untuk mereka 'menipu rakyat' dengan menutup dan melindungi kesalahan boss (ketua) kerana mereka akan sama-sama mendapat habuan*.Budaya terkini UmnoBN ialah "kalau dulu hang buat,la ni bagi peluang untuk kami buat pulak" apabila *kesalahan Tun M yang mereka lindungi sebelum ini menjadi lesen untuk menghalalkan kejahatan dan dosa jenayah yang mereka lakukan sekarang.*

6. Rakyat perlu bangkit membuat perubahan untuk tidak membiarkan UmnoBN berterusan memerintah Malaysia tercinta.Kuasa politik UmnoBN mesti ditamatkan dan budaya baru politik Malaysia mesti dibentuk segera.Tiada keperluan untuk mana-mana pemimpin negara yang melakukan kejahatan dan jenayah perlu dilindungi. *Politik wala' tak ketahuan serta 'bodek boss' mesti dihentikan dan tindakan mesti diambil walaupun seseorang itu masih berkuasa untuk menghalang keburukan dan kerosakan yang lebih dahsyat pada negara dan rakyat*.Saya berpendapat bahawa apa yang disuarakan oleh Tun M sekarang adalah kerana *beliau tidak mahu budaya dizamannya berulang dengan pemimpin kanan dan rakyat menjadi 'yes man' serta wala' secara membuta tuli*.Bagi saya rakyat tidak harus berterusan menjadi mangsa pemimpin sepanjang zaman dengan budaya *"masa hang 'sapu' kami boleh diam,sekarang zaman kami nak 'sapu' hang pun kena duk diam lah"*.

*Kuasa Rakyat merubah masa depan negara..Reformasi membina semula Malaysia tercinta*.

#BersamaTamatkanKuasaUmnoBn
#MertabatkanKuasaRakyat
#SelamatkanMalaysia
#RakyatHakimNegara
#KakiBodekPerosakNegara

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena 

3 comments:

  1. What's up to every one, the contents existing at this web page are genuinely awesome for people knowledge, well, keep up the good
    work fellows.

    ReplyDelete
  2. Thanks very nice blog!

    ReplyDelete
  3. I have read so many articles or reviews concerning the blogger lovers however this post is really a pleasant piece of writing, keep it up.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa