Sunday, August 20, 2017

Akan terlaksanakah hasrat Zahid?

Pastikan kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Ahmad Zahid
Abd Razak Mohd AliAstro Awani |  Ogos 19, 2017 17:16 MYT
Pastikan kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid disambut Faizul Arby (dua, kiri) ketika hadir pada perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Bukit Merah Lake Town Resort hari ini. --fotoBERNAMA
BUKIT MERAH: Masa depan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan malap jika berpecah dan gagal memperolehi majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan, ahli parti tidak harus berasa selesa, sebaliknya perlu terus bekerja kuat dan bertindak bijak dalam mendekati pengundi.

Menurut Naib Presiden UMNO itu, walaupun mempunyai gerak kerja yang baik seperti jaringan, pengkalan data pengundi dan pusat panggilan, ia hanya di atas kertas.

Katanya, apa yang paling penting ialah memastikan pengundi BN turun beramai-ramai pada hari mengundi untuk memastikan kemenangan parti pada PRU14.

"Apa makna kita bekerja sepanjang empat tahun, lima tahun tetapi di saat akhir kita lemah longlai," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor.

Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN telah diuji pada PRU12 dan PRU13 dan akan uji sekali lagi pada PRU14 yang akan diadakan sama ada tahun ini atau tahun depan.

"Jika berpecah dan gagal untuk mendapatkan dua pertiga, itulah penghujung sejarah politik kita.

"Allah uji kita dengan menghantar tokoh yang tidak mengenang budi kepada UMNO (dengan) bekerjasama dengan musuh dan menjadi musuh kita," ujarnya.

Ahmad Zahid yang juga menjalankan tugas timbalan presiden berkata, menjadi tanggungjawab semua pemimpin dan ahli parti itu untuk memastikan UMNO terus relevan di mata rakyat.

Beliau berkata, UMNO dan BN bukan parti bermusim sebaliknya sentiasa bekerja setiap waktu dan musim demi tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

"Dalam politik, jangan ada istilah penat, jangan merungut banyak kerja, jangan merungut tidak cukup rehat, sebab ramai orang nak ambil alih tempat kita," katanya.

7 comments:

  1. Link exchange is nothing else however it is simply placing the other
    person's website link on your page at suitable place and other person will also do same in support of you.

    ReplyDelete
  2. kau kata kpd tun n tan sri mahyudin ke zahid.kau patut berterima kasih kpd mahyudin.sb dia lawan penyamun2 lah kau dpt jd tpm.kau jg ptut trima ksih kpd tun.jika tidak kau pun xjd org skrg

    ReplyDelete
  3. Nak muntah gua baca text lu der...blind n deaf!

    ReplyDelete
  4. appears to be cookin now like you said.

    ReplyDelete
  5. I really like your blog.. very nice colors & theme. Did
    you design this website yourself or did you hire
    someone to do it for you? Plz answer back as I'm looking to construct my own blog and would like to know where u got
    this from. kudos

    ReplyDelete
  6. This site was... how do you say it? Relevant!! Finally I have found something that
    helped me. Many thanks!

    ReplyDelete
  7. What's up Dear, are you in fact visiting this web page site daily, if so afterward you will absolutely obtain good knowledge.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa