Wednesday, August 16, 2017

Hebat juga cuci tangan dan putar alam dia ni!

‘Siapa terlibat perlu bertaubat
MOHD AZLIM ZAINURY 16 OGOS 2017
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

MARANG - Presiden Pas meminta mereka yang terlibat peristiwa Memali pada 19 November 1985 bertaubat dan meminta maaf.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketika itu Pas menjadi mangsa apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 13 individu lain.

Menurutnya, semua pihak menuding jari menyalahkan pihak lain dengan melupakan punca asas tercetusnya kekecohan apabila menerima jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa itu ketika forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

“Terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tak mampu jawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata Abdul Hadi di  Facebooknya, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ketika peristiwa itu, para ulama Pas mengisytiharkan mereka yang terkorban akibat dibunuh sebagai syahid kerana mempertahankan Islam.

Menurutnya, ketika itu Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, manakala orang yang menghina Islam dan hukumnya tidak pula dipersalahkan.

“Pas mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu.

“Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam,” katanya.

1 comment:

  1. Hello, I enjoy reading all of your article. I like to write a little comment to support you.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa