Saturday, August 26, 2017

Penafian yang tidak dipercayai ramai: Bekas orang media keronyok media yang hanyir!

SATURDAY, 26 AUGUST 2017
ORANG RAMAI TAK PERCAYA PENAFIAN INI

Kerajaan dan UMNO parti yang mendukung kerajaan telah pun menjalankan berbagai kempen mencemarkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad setimpal dengan  serangan beliau yang tidak berselindung lagi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Tetapi oleh kerana kerakusan, ketidakadilan, kebiadapan media UMNO;akhbar, televisyen ,blog dan portal maka simpati orang ramai lebih kepada Tun Dr.Mahathir.

Bila tindak balas ini sampai ke peringkat menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kerugian Forex dan juga membangkitkan semula  kes Memali  yang berlaku  lebih 30 tahun lalu maka semakin terserlah kepada umum bahawa ia lebih bermotifkan balas dendam politik yang tidak sesuai dengan norma kewarasan  dan tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah kemerdekaan negara ini.

Rakyat yang waras dan berpendidikan dengan mudah dapat melihat ini sebagai pembuangan masa dan wang negara.

Kemerosotan pengedaran Utusan Malaysia dan  berita TV3 sehingga dianggap sebagai TV tiga suku oleh pengikut setia berpuluh tahun bukanlah kerana perkembangan media baru  tetapi kerana mereka tidak lagi dihidangkan  oleh amalan kewartawanan  yang sihat sebaliknya tidak beretika, kotor, murahan dan ada kalanya amat menjijikkan.

Maka itu  dalam keadaan runtuhnya keyakinan awam ini kepada integriti dan kredibiliti media kerajaan maka sukarlah orang ramai untuk menerima penafian Kementerian Pendidikan bahawa ia tidak bertanggungjawab di atas penerbitan sebuah buku teks sekolah yang menyingkirkan nama Tun Dr.Mahathir dari senarai Perdana Menteri Malaysia.

Saya sendiri apabila  melihat sepintas lalu, berasaskan kepada kempen mencemarkan Mahathir selama ini maka saya terus percaya ini sengaja dilakukan untuk memadam nama Mahathir dari  sejarah negara ini. Tetapi apabila melihat gambar Najib diletakkan nombor dua selepas gambar Perdana Menteri Tunku Abdul Rahan maka saya mulai meragukan kebenarannya.

Prasangka saya ialah ini reverse psychology yang dilakukan oleh musuh UMNO dan kerajaan untuk menambah  humilation terhadap Mahathir kerana mereka telah nampak kesan negatif yang sangat besar kepada UMNO dengan kempen memburukkan Mahathir selama ini terutama sekali setelah Timbalan Perdana Menteri mendakwanya sebagai keturunan India. Tugas mereka ialah mencipta dan menambah lagi kempen memburukkan Mahathir.

Orang ramai memandang sinis terhadap penafian Menteri Pendidikan Madzir Khalid. Mereka tidak percaya dan menganggapnya sebagai kepura-puraan sebab kerajaan dan UMNO diketahui mahu memadamkan jasa Mahathir selama 22 tahun kepada negara.

Untuk itu UMNO telah membuat lebih dahsyat  dari sekadar menyingkirkan Mahathir dari buku teks sekolah. Maka bagaimanakah rakyat boleh percaya kepada penafian Mahdzir Khalid.

Posted by zainudin maidin at 17:41 

1 comment:

  1. mazfar boss besar berita harian pun dah resign minggu lepas... - matcomot

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa