Tuesday, August 22, 2017

RCI Memali: Kenapa agaknya PAS terlebih ngairah?

Monday, 21 August 2017
PAS TERLEBIH GHAIRAH

Pas kelihatannya tidak sabar-sabar lagi untuk melihat sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI ditubuhkan berhubung tragedi Memali.

Selain menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan berperanan untuk berurusan terus dengan Putrajaya ke arah penubuhan RCI itu, Pas juga bercadang untuk membawa keluarga mangsa tragedi Memali bertemu dengan Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri.
Wah...terlebih ghairah nampaknya Pas kali ini.

Belum pun apa-apa, cuma kerajaan baru mengatakan tidak menolak kemungkinan menubuhkan RCI berkaitan Memali, Pas kelihatannya sudah "lebih lajak daripada laju" dalam tindakannya.

Hakikatnya, UMNO dan Pas sama-sama bermotif politik dalam perkara ini dan bukan kebenaran yang mereka ingin kejar dan buktikan.

Sementara UMNO hanya ingin mencari lebih banyak kesalahan Tun Mahathir dan mencari undi di sebaliknya, Pas juga sama saja niat dan tujuannya.

Harus diingatkan,  dalam ghairahnya Pas kali ini, jangan sampai mereka terlupa  hakikat sebenar kenapa Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang bertempur dengan pihak polis itu jadi begitu taksub, tidak takut mati dan seolah-olah hilang pertimbangan kepada aturan undang-undang duniawi.

Apakah punca dan sebabnya?
Apakah Hadi Awang dan Amanatnya boleh diketepikan begitu saja dalam tragedi Memali jika RCI menjalankan inkuirinya nanti?

Selain itu, jika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mahu dikaitkan atau dipersalahkan dalam tragedi Memali, apakah Najib Razak dan Zahid Hamidi yang ketika itu berada dalam Pemuda UMNO boleh dilepaskan begitu saja daripada ada saham kesalahan yang sama? (ShahbudinHusin 21/08/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 23:42  

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa