Saturday, August 19, 2017

Terkutuk: Aksi kebinatangan yang melibatkan Islam

Serangan di Barcelona: Suspek rancang serangan lebih besar
TMI - Diterbitkan pada 19 Aug 2017 8:12AM
Orang ramai memasang lilin memperingati mangsa dalam serangan rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2017.

SUSPEK serangan berkembar di Barcelona merancang untuk menyebabkan kemusnahan lebih besar daripada rempuhan kenderaan yang dilakukan.

Polis berkata mereka mengesyaki 12 individu terbabit dalam serangan itu, lima terbunuh, empat ditangkap dan tiga orang yang dikenal pasti tetapi masih bebas.

"Mereka merancang untuk melakukan satu atau beberapa serangan di sini.

"Letupan di Alcanar terhenti kerana mereka kehabisan bekalan bahan untuk melancarkan serangan dalam skop yang lebih besar," kata jurucakap Polis Catalonia Josep Lluis Trapero.

Josep merujuk pada letupan di sebuah rumah di Alcanar, kira-kira 200 kilometer di selatan Barcelona, yang menyebabkan seorang maut.

Polis pada mulanya beranggapan letupan di rumah itu hanya kejadian rambang, namun kemudian mengaitkannya dengan serangan di Barcelona.

Polis yakin rumah terbabit digunakan sebagai tempat memproses bahan letupan. Sasaran sebenar serangan masih tidak dapat dipastikan.

Polis memindahkan berpuluh-puluh silinder gas dari rumah terbabit.

Josep berkata susulan kejadian letupan itu suspek melancarkan serangan terhadap pejalan kaki di Barcelona dan Cambrils, menggunakan modus operandi yang sama.

Dalam insiden kelmarin, sebuah van putih dipandu laju merempuh orang ramai di sebuah kawasan tumpuan pelancongan Las Ramblas di Barcelona.

Serangan dipercayai dilancarkan kumpulan militan IS itu membunuh 14 orang manakala kira-kira 130 lagi cedera, termasuk 17 kritikal.

Beberapa jam selepas itu, satu lagi serangan berlaku di Cambrils, bandar peranginan tepi pantai kira-kira 110 kilometer dari Barcelona, apabila anggota keselamatan menembak mati lima penyerang yang dikatakan memakai bom tali pinggang. – AFP, 19 Ogos, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa