Wednesday, September 20, 2017

Dah gitu gayanya, nak buat macam mana?

TALAM DUA MUKA
19 Sep 2017 | Uncategorized

1. Selama puluhan tahun Barat bersyarah dan mengkritik negara-negara membangun berkenaan korupsi di negara mereka.

2. Banyaklah laporan dibuat berkenaan betapa buruknya amalan rasuah oleh Kerajaan-Kerajaan dan pemimpin negara membangun. Kegagalan pembangunan negara-negara ini, kata Barat, disebabkan rasuah dalam seluruh jentera pentadbiran. Sudah tentu pemimpin tertinggi negara membangun semuanya perasuah.

3. Rupa-rupanya hidung tinggi mereka terhadap negara membangun menyembunyi sikap sebenar mereka terhadap rasuah. Penolakan rasuah oleh mereka terhad kepada nilai rasuah. Jika nilai cukup tinggi, prinsip penolakan rasuah terbang keluar tingkap.

4. Inilah yang sedang kita lihat sekarang.

5. Rasuah Najib diketahui di seluruh dunia. Demikian juga kecurian yang dilakukan olehnya. Walaupun di Malaysia akhbar dan TV tidak lapor apa-apa berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib tetapi media sosial melapor dengan panjang lebar berkenaan Najib, Kerajaannya dan segala insiden rasuah dan salahguna kuasa olehnya.

6. Tetapi media Barat lebih lantang melapor berkenaan salah laku dan jenayah oleh Najib. Tidak ada yang disembunyi.

7. Dengan ini dunia tahu segala-galanya akan amalan rasuah oleh Najib.

8. Rakyat Malaysia percaya Kerajaan Barat yang begitu menentang perasuah-perasuah di dunia akan pulau Najib sekurang-kurangnya.

9. Amatlah mengecewa dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh anti rasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.

10. Sebabnya ialah kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial dan senjata mereka. Yang mengabur mata mereka ialah duit berbillion yang dikipas depan mata mereka.

11. Bahawa ini adalah sejenis rasuah tidak dipedulikan. Segala rasuah dan jenayah Najib diketepikan kerana wang tunai atau cash lebih utama dari kemuliaan maruah dan prinsip. Maka dilakukan apa sahaja yang disyaratkan oleh Najib asalkan duit didapati. Demikian jikalau Najib tidak suka press, maka press diketepikan. Di mana perginya kebebasan akhbar? Ke dalam tong sampah. Ke mana pergi kebebasan bersuara? Photo-opportunity untuk Najib tipu rakyat Malaysia dipersetujui kerana bayaran USD 20 billion duit orang miskin di Malaysia.

12. Jika orang Malaysia berharap Barat dengan hidung tingginya akan bertindak ke atas jenayah yang sebenarnya dilakukan di negara mereka, di bawah undang-undang mereka, harapan ini harapan kosong. Kata Mat Salleh “if the price is right, corruption is okay. It’s not okay only if it is done by someone else”.

13. Kita tak tahu apakah yang ditawar oleh Najib untuk dibeli dari Britain. Boleh jadi pesawat – pesawat pejuang Typhoon – mungkin satu atau dua squadron. Itu boleh jadi harga untuk photo opportunity di depan No. 10 Downing Street, London.

14. Jika Malaysia boleh, Britain juga boleh, iaitu boleh pejam mata. Bukankah Malaysia negara membangun bekas tanah jajahan Britain. Bukankah kepercayaan Britain ialah apabila Malaysia merdeka ia akan merosot dan hancur. Lihat, ramalan Britain tepat. Pemimpin-pemimpin Malaysia jelas perasuah dan pencuri. Jika tidak pada mulanya, itu satu keganjilan. Sekarang ia pemimpin Malaysia, setelah merdeka sudah tunjuk warna mereka sebenarnya (true colours).

15. Kata Trump dan May. Kami hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Kami perlu utamakan kekayaan kami.

1 comment:

  1. Pak menteri go to white house angok angok geling geling bagai seorang binggong dan pelik tup tup balik mulala rhetoric... Sekolah taffiz dilanda bincana puncanya ejik ejik wheeek wheeek 24insan hamba terpilih fisabilillah menjejaki impian ibu dan bapa.. Berderai luluh hati ibu dan bapa terkabar berita hiba.. Kronologi ragu ejek ejek? Kronologi 2 tong gaslpg dan patrols gasul satu terlentang satu menegak bila gas dan tilam.. Imi gaya pro memang untuk meranapkan ruang.... Yang menjadi muskil kita nk menghadapi pru14 ni.. Dan sstiap pru mesti ada musibah berlaku... P/so dulu bukit aman terbakar gwa muskil juga.. Ini andaian je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa