Saturday, September 16, 2017

Tragedi kebakaran pusat tahfiz di Keramat: Ulasan yang tak kuat agama ka ni?

Ulasan - Empat petikan di atas adalah antara kenyataan yang ditemui daripada pimpinan Pas berhubung tragedi kebakaran sebuah pusat tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur yang telah mengorbankan 23 nyawa.

Hadi Awang minta agar kita meredhai kematian dengan harapan mereka tergolong sebagai syuhada, Idris Ahmad berkata hospital pun terbakar juga, Nasruddin Hassan menyebut kebakaran adalah musibah dan tragedi serta mendoakan mereka yang terkorban beroleh syahid di akhirat dan Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali turut memberi reaksi yang hampir sama.

Sebelum ini, pengetua pusat tahfiz  yang terbakar itu turut menyebut tentang syahid juga.

Syurga, syahid, syuhada...syurga, syahid, syuhada...

Kenapa tiada pemimpin Pas yang mempersoalkan bagaimana pusat tahfiz tersebut boleh beroperasi tanpa kelulusan CF, tiada sijil keselamatan bomba, pelan bangunannya berubah,  hanya ada satu pintu keluar saja dan pengusaha pusat tahfiz sepatutnya dipertanggungjawabkan terhadap kejadian?

Kenapa tiada pembelaan terhadap keluarga mangsa yang kehilangan orang-orang tersayang dan kalau pun ada, hanya dalam bentuk  gambaran di akhirat saja?

Bagaimana dengan pihak yang cuai, mungkin bersalah dan tidak mematuhi undang-undang dunia?

Hmmmmm.....(ShahbudinHusin 16/09/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 14:31   

* Baca ulasan lengkap orang yang kononnya kuat agama kat sini

3 comments:

  1. Apalah yang boleh diharap dari orang-orang sebegini jika mereka berkuasa? Sebelum terlambat ketepikan nama-nama mereka dari senarai orang yang perlu diundi mewakili rakyat terutama yang kuat makan dan kuat tidur!!!

    ReplyDelete
  2. Tuan admin, sudah menjadi trend sekarang ini, bangunan rumah, rumah kedai dua tingkat, tingkat atas semua ada satu pintu keluar sahaja, semua bangunan ini ada cf, kelulusan sudah tentu dari pihak berkusa tempatan, untuk kelulusan pembinaan bangunan semua pihak telibat temasuklah bomba, diharap pihak berkenaan dapat menyemak semula syarat syarat untuk kelulusan, kalau rumah kedai dua tingkat dihuni oleh tuan kedai dan keluarga nya berlaku kebakaran dipintu keluar tinkat atas mereka semua mati kerana tiada pintu lain untuk keluar, adakah ini kesalahan penghuni yang tidak memecah dinding untuk membuat pitu keluar kedua?? ataupun salah pihak yang memberi kelulusan bangunan tersebut???

    ReplyDelete
  3. Hello everyone, it's my first go to see at this website, and
    paragraph is in fact fruitful for me, keep up posting these types of posts.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa