Thursday, October 5, 2017

Ehh...takkan PAS nak tolong 'anjing' dan 'babi' yang dah lompat kot?

* Setelah dilabelkan bermacam-macam gelaran jelik, takkanlah mereka nak tolong geng-geng derhaka dan lompat ni?

Dulu PAS, sekarang Amanah… merangkap calon bankrap
Looi Sue-Chern
Diterbitkan pada 5 Oct 2017 7:00AM 
Selepas petisyen pilihan raya yang difailkan semasa menjadi ahli PAS ditolak, Shamsul Sakri Che Din terpaksa mencari RM40,000 bagi mengelakkan diisytiharkan bankrap. – Gambar Facebook, 5 Oktober, 2017.

DUA ahli Amanah di Perak berdepan kemungkinan jatuh bankrap kerana gagal membayar kos guaman selepas mahkamah menolak petisyen mereka mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di dua kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Petisyen mereka ditolak atas alasan teknikal dan mereka diperintah oleh mahkamah untuk membayar kos.

Shamsul Sakri Che Din diarahkan membayar RM40,000 masing-masing kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jumlah RM120,000 itu kemudian dikurangkan kepada RM80,000.

Mohd Ridzuan Asit, yang mencabar keputusan kerusi DUN Lubok Merbau, diarahkan membayar RM30,000 sebagai kos kepada kerajaan Malaysia.

Mereka adalah antara beberapa ahli PAS pada masa itu yang memfailkan petisyen bagi pihak parti Islam itu, atas nama mereka.   Tetapi PAS kemudiannya berpecah kerana krisis dalaman dan mereka keluar parti untuk menyertai parti serpihan Amanah. Sejak itu, mereka terkontang-kanting menguruskan nasib sendiri.

Kutip derma

Sebelum kes Shamsul dan Ridzuan jadi perhatian, seorang bekas pemimpin Pemuda PAS di Pulai, Johor berdepan masalah yang sama. Dia boleh jatuh muflis kalau gagal membayar RM50,000 kos kepada SPR dan pegawai pengurus pilihan raya kerana petisyennya juga ditolak.

Imam Za'aba Ibrahim mencabar keputusan pilihan raya kerusi Parlimen Pulai yang dimenangi oleh Nur Jazlan Mohamed dari BN yang sekarang ini timbalan menteri dalam negeri.

Selepas masuk Amanah, Imam Za'aba tidak lagi ditolong oleh parti lamanya. Satu-satunya jalan keluar ialah meminta derma melalui media sosial dengan bantuan Amanah dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Kerja Amanah, Suhaizan Kaiat, yang mengendalikan kempen derma itu, berkata, mereka terpaksa membangkitkan hal tersebut di media sosial dan merayu orang ramai menyumbang ke Tabung Solidariti Imam Za'aba.

Kempen kutip derma itu berjaya. Ia mengumpulkan RM54,431.76 dalam masa sebulan, dengan sokongan dermawan dari serata negara. Kempen derma itu sempat menyelesaikan jumlah terhutang sebelum tarikh akhir 17 Januari yang ditetapkan oleh mahkamah.

"Imam Za'aba seorang aktivis popular yang terlibat dalam banyak program politik. Orang kenal dia, jadi banyak yang kasihan dengan keadaannya," kata Suhaizan.

Suhaizan, bekas ketua Pemuda PAS Pusat, bagaimanapun tidak tahu apakah ada lagi bekas ahli PAS yang mengalami nasib yang sama.
Pada mulanya, 13 ahli PAS memfailkan petisyen bagi pihak parti Islam itu tetapi hanya Shamsul Sakri Che Din dan Mohd Ridzuan Asit berdepan masalah bankrap selepas mereka keluar PAS dan menyertai Amanah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2017.

Sokongan

Usaha mengutip derma itu kebanyakannya diuruskan oleh pemimpin dan ahli akar umbi Amanah setempat. Mereka menyebarkan nasib malang bekas ahli PAS ini melalui media sosial, kalau-kalau ada juga bekas ahli PAS yang lain yang sudi membantu.

Sejak menerima notis kebankrapan awal tahun ini, Shamsul dan Ridzuan masing-masing mengadakan kempen kutip derma mereka sendiri yang digerakkan oleh kawan-kawan dalam Amanah di tempat mereka.

Mereka juga mendapat pertolongan daripada Zaidi Ahmad dari DAP. Pegawai penerangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu menggunakan WhatsApp untuk mengetengahkan nasib dua bekas ahli PAS itu.

Shamsul, 54, berjaya mengumpulkan RM35,000 dengan bantuan Amanah Bahagian Lumut. Dia menokok RM10,000 yang dikorek daripada simpanannya dan membayar ansuran RM40,000 pada Ogos.

Dia juga menjual kenderaan pacuan empat rodanya, dapatlah RM9,000. Dia menambah RM1,000 dan membayar ansuran kedua RM10,000 bulan lalu. Dia kini terhutang baki RM30,000 yang harus dilangsaikan dalam masa tiga bulan ini kalau tidak mahu jadi bankrap.

"Pemimpin DAP macam (Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang) Dr P Ramasamy beri RM3,000. Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham juga derma.

"Exco Selangor, Elizabeth Wong dari PKR beri saya RM1,000. Beberapa pemimpin lain juga janji hendak menderma. Saya cuma bergantung pada kawan-kawan saja sekarang. Orang PAS tak ada yang tolong," katanya kepada The Malaysian Insight.

Kalau tidak dapat mengumpulkan RM10,000 setiap bulan, dia akan meminta bantuan daripada rakan-rakan atau meminjam daripada saudara mara, katanya.

Shamsul juga akan membawa kempen dermanya itu ke perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober ini serta di Kovensyen Amanah di Alor Setar penghujung bulan ini.

"Hidup ini susah," kata bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia itu, mengenangkan nasib terpaksa mengumpulkan duit sebanyak itu ketika dia dan keluarga bergantung atas pencen bulanannya.

Anaknya tujuh orang, berumur antara 7 hingga 25 tahun. Lima orang masih bersekolah. Dia pernah berniaga tetapi kemudiannya berhenti selepas diserang angin ahmar lebih dua tahun lalu.

Isterinya dulu guru tadika tetapi sekarang suri rumah, menjaga dia dan anak-anak sepenuh masa, selepas diberhentikan kerja.

"Kami ada lebih kurang RM1,300 sebulan untuk buat belanja. Sebelum kena strok, saya buat pembedahan jantung. Saya juga ada kencing manis. Dari segi kewangan, memang susah," kata Shamsul. Orang di Lumut mengenalinya dengan nama Pak Ali.

Lawan balik

Ridzuan, 51, dari Kampung Sungai Ati di Padang Rengas setakat ini berjaya mengumpulkan RM18,940. Dia mesti mengumpulkan baki yang diperlukan sebelum 1 November.

Katanya, tarikh akhir untuk membayar RM30,000 itu adalah pada Isnin 2 Oktober lepas tetapi dia dapat tarikh baru 1 November selepas memfailkan saman terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Ipoh.

"Saya saman Pejabat Peguam Negara kerana dalam notis kebankrapan mengatakan mereka cari saya untuk kutip duit bagi pihak kerajaan Malaysia.

"Sepatutnya SPR, bukan kerajaan. Saya namakan SPR sebagai responden dalam petisyen dulu. Kerajaan tak ada kena mengena dengan kes saya.

"Jadi 1 November ini, sama ada saya dapat buang kes ini atas sebab teknikal atau saya terpaksa bayar duit itu," katanya, sambil menambah mungkin dia orang pertama menyaman Peguam Negara bersabit kes pilihan raya.

Ridzuan juga berkata dia akan berhujah yang dia tidak sepatutnya dimufliskan hanya kerana RM30,000, sebabnya had hutang bagi prosiding kebankrapan sudah dinaikkan kepada RM50,000 setelah pindaan ke atas Akta Kebankrapan pada Mei lepas.
Saya terima seadanya. Saya masuk politik untuk buat kawan, bukan cari lawan, kata Mohd Ridzuan Asit bekas ahli PAS yang kini bersama Amanah. Ridzuan sekarang bergelut dengan notis bankrap kerana petisyen pilihan raya yang difailkan semasa menjadi ahli PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2017.

"Saya bangkitkan isu ini semasa berjumpa dengan penolong pendaftar mahkamah Isnin lepas. Tidak ada bantahan terhadap hujah saya," katanya kepada The Malaysian Insight.

Ridzuan yang bekerja kampung mempunyai pendapatan tidak menentu, antara RM800 hingga RM1,000 sebulan. Di kampungnya, dia menanam pisang, memotong getah dan menjaga kebun untuk menanggung isteri, ibunya yang tua dan tiga anak yang masih bersekolah berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Biarpun hidupnya sederhana, dia melawan kesnya sendiri di mahkamah.

"Ada pejabat peguam yang beri nasihat tetapi di mahkamah saya seorang diri. Peguam beri saya buku undang-undang untuk saya faham undang-undang mengenai pilihan raya. Saya dalam politik, jadi saya kena tahu benda-benda macam ini," katanya.

Ditanya apakah dia marah dengan "parti lamanya" kerana tidak menolong walaupun dia memfailkan kes bagi pihak parti, Ridzuan berkata dia tidak berdendam.

"Sekarang saya dengan Amanah, PAS tak terlibat. Saya tak marah dengan PAS. Saya dalam politik. Saya terima semuanya.

"Tak mengapa. Mungkin ini ujian Allah untuk matangkan perjuangan politik saya. Saya terima seadanya. Saya masuk politik untuk buat kawan, bukan cari lawan."  

Susah hendak faham PAS

Shamsul percaya kalau mereka kekal dalam PAS, mereka tidak akan berdepan dengan masalah jatuh muflis ini.

Katanya, pada mulanya ada 13 ahli PAS yang memfailkan petisyen di Perak mencabar keputusan pilihan raya di kerusi Parlimen dan DUN. Tetapi cuma dia dan Ridzuan saja yang berdepan masalah bankrap kerana mereka keluar dari PAS.

Suhaizan juga setuju bahawa PAS sepatutnya boleh menanggung kos itu sekiranya mereka masih kekal sebagai ahli PAS.

"Banyak petisyen difailkan oleh PAS dan kalah tetapi semuanya selesai tak ada isu kerana mereka yang memfailkan petisyen tidak keluar parti."

Katanya, selain kerusi Parlimen Pulai, PAS juga memfailkan petisyen melalui seorang ahli lain terhadap keputusan pilihan raya DUN Nusajaya.

Kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh naib presiden PAS ketika itu, Salahuddin Ayub tetapi kalah. Salahuddin sendiri keluar PAS dan kini timbalan presiden Amanah.

"Pempetisyen bagi kerusi DUN Nusajaya tidak ada masalah muflis kerana dia tidak keluar PAS," kata Suhaizan.

"Sungguh kami tak faham mereka ini (PAS). Semua pempetisyen buat apa yang parti minta.

"Petisyen difailkan di bawah PAS. Parti sepatutnya tunjuk sedikit tanggungjawab,"   tambahnya. – 5 Oktober, 2017.

2 comments:

  1. huh...dah khianat PAS dan masuk PAN, masih lg nak PAS tolong...malu la woii...PAN la tolong ahli parti sendiri..aparaa

    ReplyDelete
  2. Habis klu depa mati,org pas tak boleh mandi,kafan Dan solatkan ker.tiada tanggungjawab langsung,fail kes atas parti tapi kalah taknk tolong.malu kat agama lain depa pegang janji

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa