Sunday, October 29, 2017

Jenayah: Inilah salah satu masalah bagi negara penerima

Ahad, 29 Oktober 2017 | 7:46am
PELARIAN Rohingya melintasi sempadan Bangladesh-Myanmar, di pelabuhan di Teknaf, Bangladesh.- Foto Reuters

Pelarian Rohingya tetak warga Bangladesh

DHAKA: Seorang pelarian Rohingya menetak lelaki Bangladesh sehingga mati, di sini.

Polis berkata, serangan dilakukan lelaki Rohingya itu ada kaitan dengan perbalahan keluarga.

Ia adalah siri jenayah terbaharu di kawasan yang menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa tempatan.

"Kami meningkatkan kawalan keselamatan selepas kejadian itu," kata Timbalan Ketua Daerah Cox's Bazar, Afruzul Haq Tutul.

Pendakwa Raya negeri, Mamtaz Ahmad, berkata jenayah di kawasan itu meningkat sejak kebelakangan ini.

Etnik Rohingya kini mengatasi penduduk Bangladesh di dua bandar utama, Teknaf dan Ukhia di Cox's Bazar, sekali gus menyaksikan ketegangan meningkat.

Penduduk tempatan merungut pelarian mengambil alih pekerjaan daripada rakyat tempatan yang miskin, terutama dalam sektor pembinaan dan industri perikanan.

"Majoriti nelayan kini adalah etnik Rohingya. Mereka kuat bekerja dengan upah murah," kata pemilik bot tunda kecil, Jashim Uddin.

Sementara yang lain merungut kebanjiran Rohingya menyebabkan harga makanan dan pengangkutan meningkat. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa