Wednesday, October 25, 2017

Kerana arahan tangan ghaib Yusuf Azmi ditangkap?

Tangan ghaib yang arahkan saya ditangkap — Yusuf Azmi

PENGARAH Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) saudara Yusuf Azmi mendakwa penangkapan dan tuduhan di mahkamah terhadap dirinya hari ini diarahkan oleh "tangan ghaib".
"Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, ...saya sepatutnya dihadapkan di mahkamah pada hari Jumaat ini,"

"...saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di ofis saya dan sebagainya," dedahnya.

Namun Yusuf menyeru kepada NGO-NGO di luar sana yang berjuang berhabis-habisan (membela rakyat) agar jangan putus semangat dengan kewujudan tangan-tangan ghaib itu.

"Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita,"

"Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, dan Johor."

Katanya lagi, disebabkan oleh satu atau dua tangan ghaib, orang melihat pentadbiran dan kepimpinan semua rosak.

"Disebabkan oleh tangan ghaib ni, semua pemimpin negara dikecam," tegasnya.


- sumber

1 comment:

  1. Tangan tangan goib yang merosakan pemimpin melayu?Katanya lagi, disebabkan oleh satu atau dua tangan ghaib, orang melihat pentadbiran dan kepimpinan semua rosak?young man 5tahun terkebelakang anda duduk gurun mana?rasuah dadah perjudian pelacuran gengstarism salah guna kuasa membarah bernanah sudah sekian lama dan critical tangan tangan goib disebalik tangan yang goib berpeluk tubuh pandang dan lihat dan menanti arahan tangan tangan goib yang lain sebagai contoh dadah menular diceruk kampung bagaimana bisa terjadi?kenapa badan badan berkanun lumpuh? nak jadi penjenayah tersihor perlukan talian hayat ini soal untung dan rugi tangkap bila perlukan itu fenomena biasa badan badan berkanun sudah lama lumpuhkan tapi tidak perakui oleh ahli politics disebabkan menjaga kepentingan masing masing.. Iniadalah kerajaan kleptokrasi tangan tangan goib bersembunyi pada tangan tangan goib yang lain jadi saudara Yusuf azmi perlu lebih bijak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa