Friday, November 17, 2017

Ada lagi isu hina Nabi?

Hina Nabi Muhammad: Laporan polis terhadap Asiah
November 17, 2017 07:00 MYT
Hina Nabi Muhammad: Laporan polis terhadap Asiah
Asiah didakwa telah memuat naik status di akaun Facebooknya pada pukul 8.29 malam, 12 Nov lalu yang mendakwa mengenai wanita Islam sering ditakutkan dengan buruknya status janda di sisi masyarakat sejak zaman nabi. - Gambar hiasan
KUANTAN: Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd Latif berhubung kenyataannya yang didakwa menghina keperibadian dan keluarga Nabi Muhammad S.A.W.

Pengerusinya Mohd Jalaludin Fikri Jamal berkata kenyataan Asiah yang disedarinya pada pukul 9.40 malam, 12 Nov lalu berhubung hak wanita itu juga dibimbangi boleh memesongkan akidah umat Islam kerana status itu mendapat sokongan pembaca.

"Sebagai seorang Islam, dia (Asiah) tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu yang menghina Nabi Muhammad dan membangkitkan kemarahan serta mengguris perasaan umat Islam di negara ini.
Turut membuat laporan ialah Anggota Jawatankuasa (AJK) Gerakan Belia 4B Kawasan Kuantan Ahmad Faizal Hazizan dan kedua-dua mereka mahu supaya tindakan diambil terhadap Asiah.

Asiah didakwa telah memuat naik status di akaun Facebooknya pada pukul 8.29 malam, 12 Nov lalu yang mendakwa mengenai wanita Islam sering ditakutkan dengan buruknya status janda di sisi masyarakat sejak zaman nabi.

Pada kenyataan itu, Asiah juga menyentuh ayat 128 surah An-Nisa' dan ayat 5 surah At-Tahrim. - sumber

2 comments:

  1. Tak menghina Nabi niatpun tiada saudari itu hanya melontarkan pendapat di media sosial jika ada kekilafan tegurla dia teguran yang membena... Teguran abg pada adik dan issue ini tidak besar tak mengangu structure Islam tapi mengangu structure orang yang jahil.. Dan orang yang membesarkan issue ini puak yang mengada ngada

    ReplyDelete
  2. Bila dah post dlm fesbuk...memang ada niat menghina la tu... hanya org JAHIL MURAKKAB yg pertahankan kenyataan makhluq tu. Kenyataan yg sungguh menghina!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa