Wednesday, November 15, 2017

Amerika sedang sibuk menangani orang gila pulak!

4 terbunuh korban tembakan rambang di California
Diterbitkan pada 15 Nov 2017 8:03AM 
Penolong Sherif daerah Tehama Phil Johnston berkata penembak itu maut selepas berbalas tembakan dengan polis. – Gambar Twitter, 15 November, 2017

EMPAT terbunuh dan lebih 10 orang yang lain cedera, termasuk beberapa kanak-kanak apabila seorang penembak melepaskan tembakan rambang semalam di beberapa lokasi, termasuk di sebuah sekolah di kawasan luar bandar utara California.

Penolong Sherif daerah Tehama Phil Johnston berkata polis membunuh penembak itu selepas insiden itu, yang bermula kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) di sebuah rumah di Rancho dan berterusan di beberapa lokasi dalam komuniti itu, termasuk sekolah rendah.

Katanya, tiada kanak-kanak yang terbunuh.

“Individu terbabit menembak secara rawak,” katanya pada satu sidang akhbar.

Johnston berkata seorang kanak-kanak terkena tembakan dan cedera di sekolah, seorang lagi mengalami kecederaan yang tidak serius ketika berada di dalam kereta dengan ibunya yang cedera parah.

Beliau berkata penembak itu yang masih belum dikenal pasti identitinya, melakukan tembakan rambang itu selepas melarikan sebuah kenderaan yang kemudiannya terbabas.

Penembak itu kemudian mencuri kenderaan kedua dan terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis.

Jim Schultz, wartawan dari akhbar Redding Record Searchlight memetik seorang penduduk Rancho Tehama, Salvador Tello sebagai berkata penembak itu melepaskan tembakan sesuka hati dan membunuh seorang wanita.

“Dia nampak peluru berterbangan ke arah trak di depannya dan terus melindungi tiga anaknya, dengan segera mengundur kenderaan untuk melarikan diri,” kata Schultz di Twitter.

Schultz memetik seorang lagi saksi, Casey Burnett yang berkata penembak itu sedang memandu sambil melepaskan tembakan dari dalam kereta. – AFP, 15 November, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa