Sunday, November 12, 2017

Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi

Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
November 12, 2017 20:31 MYT
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Pemilihan semula CEC yang diadakan selepas DAP mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menyaksikan 1,356 perwakilan memilih 20 anggota CEC.
SHAH ALAM: Beberapa bekas anggota DAP hari ini menyifatkan demokrasi sudah "mati" dalam parti itu apabila Lim Guan Eng masih dibenarkan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun sedang berdepan dakwaan rasuah.

Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

"Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan CEC itu kerana dia sedang menghadapi pertuduhan kerana ini akan mencemarkan imej parti," kata bekas anggota DAP Seputeh Tony Tan kepada pemberita, di sini hari ini.
Bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra R. Vellasamy pula mendakwa parti itu mengamalkan diskriminasi apabila hanya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin akar umbi sepertinya sedangkan dalam kes Lim mereka berdiam diri.

"Saya dipecat kerana mempertahankan hak-hak kaum India dalam DAP. Di manakah demokrasi dalam DAP?" katanya.

Pemilihan semula CEC yang diadakan selepas DAP mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menyaksikan 1,356 perwakilan memilih 20 anggota CEC.

1 comment:

  1. Undang-undang dengan jelas menyatakan seseorang itu tidak bersalah selagi belum diputuskan bersalah oleh Mahkamah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa