Monday, November 27, 2017

Betul, betul.......tapi hang kenen sape ni?

'Ahli politik bankrap idea guna agama untuk takutkan rakyat'
mk      Hari ini, 12:52 pm
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengecam ahli politik yang mempergunakan agama untuk menakut-nakutkan atau memecahbelahkan rakyat.

"Adalah malang apabila sesetengah ahli politik menggunakan agama sebagai momokan politik, khususnya untuk tujuan menakutkan yang mana hanya memecahbelahkan rakyat," katanya dalam catatan di blog hari ini.

Salleh berkata Sabah dan Sarawak tidak menghadapi masalah berkaitan perkara itu, namun kini terdapat individu yang cuba meningkatkan sentimen agama sebagai sebahagian daripada strategi politik mereka.

Beliau berkata pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara tidak akan dapat dicapai dengan memecahbelahkan rakyat.

"Apakah keperluan untuk membahagikan Muslim sederhana dengan Musim ekstrem dan umat Islam dan bukan Islam?

"Hanya ahli politik yang muflis idea akan melakukan ini," katanya.

Bekas ketua menteri Sabah itu berkata adalah ironi apabila mereka yang bercakap mengenai perpecahan, juga adalah orang yang sama menyebabkan berlaku perpecahan.

"Ini macam musang tawarkan diri untuk selamatkan ayam daripada dimakan musang lain," katanya.

Beliau juga berkata merungut mengenai perpecahan sahaja tidak akan menyelesaikan masalah.

"Kita selalu mendengar mengenai masalah ini tanpa mendengar penyelesaiannya. Jadi mari dengar apakah penyelesaian daripada orang yang merungut mengenai perpecahan di Malaysia," katanya.

1 comment:

  1. Bukankah JASA yang gunakan agama untuk memecahbelahkan rakyat dengan melabelkan BERSIH sebagai merbahaya kepada Islam? Sedangkan gerakan BERSIH hanya tertumpu kepada pilihanraya dan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa