Monday, November 13, 2017

Dua pegawai bomba cedera melecur

Dua pegawai bomba cedera melecur kini beransur stabil
Nazialita Geynna MaharanAstro Awani |  November 12, 2017 23:00 MYT
Dua pegawai bomba cedera melecur kini beransur stabil
Shazlan dan Mohd Azri cedera di bahagian muka, kepala dan tangan.
IPOH: Dua orang pegawai bomba yang melecur semasa memadamkan kebakaran di sebuah kilang silo di Tasek semalam kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan tangan.

Penguasa Bomba Shazlan Mohd Hanafiah, 32, dan Penguasa Bomba Mohd Azri Aziz, 29, dilaporkan kritikal pada mulanya berikutan kecederaan yang dialami dalam kejadian pada pagi Sabtu itu.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dilaporkan beransur stabil di mana Mohd Azri telah dibenarkan keluar dari hospital sementara Shazlan masih mendapatkan rawatan di wad biasa Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
"Api menyambar ke arah anggota, menyebabkan mereka jatuh dan cedera. Anggota Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) Bomba dan Penyelamat terus memberikan rawatan awal.

"Bantuan diberi menggunakan Burn Shield Blanket sebelum mereka digegaskan ke hospital," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, Yahya yakin semangat kedua-dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh itu tidak akan luntur begitu sahaja.

"Niat mereka, komitmen mereka, masih tinggi untuk memberikan perkhidmatan.

"Kami juga mendapat tahu bahawa letupan habuk atau 'dust explosion' ini merupakan yang pertama kali berlaku di Perak, dan pihak bomba akan memperkemaskan strategi untuk menghadapi situasi seperti ini," tambahnya.

1 comment:

  1. This is a topic that's close to my heart... Cheers! Where are your contact details though?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa