Wednesday, November 1, 2017

Kalau tak reti baik diam, tak pasal-pasal kena lepok!

WEDNESDAY, NOVEMBER 01, 2017
Che Ibrahim Mohamed sekolahkan Idris Ahmad
Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ust Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas tidak perlu mendahului proses mahkamah dengan mendesak Ambiga atau Husam dan Rafizi tampil memberi keterangan ke atas dakwaan SR.

 "Kes saman ini masih di peringkat pengurusan kes, pihak defendan baru saja memasukkan pernyataan pembelaan ke atas pernyataan tuntutan yang telah difailkan oleh Hj Hadi ke atas pengarang SR.

 "Selepas selesai pengurusan kes, mahkamah akan meminta kedua dua pihak menyenaraikan saksi saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaraan ini dan memasukkan pernyataan saksi masing masing.

 "Terserahlah kepada Hj Hadi untuk sapina mana mana saksi untuk menyokong tuntutannya, manakala pihak SR pula di ketika ini akan mengemukakan saksi saksi untuk mempertahankan dakwaannya."

 Mengulas lanjut, Ust Che Ibrahim berkata, samada Ambiga, Husam, Rafizi atau siapa saja yang akan disapinakan oleh SR untuk memberi keterangan di Mahkamah, hanya peguam Pas yang boleh menyoal balas saksi saksi tersebut untuk membuktikan dakwaan SR itulah adalah fitnah, bukannya mendesak saksi saksi memberi keterangan dan penjelasan di luar mahkamah.

 Beliau menasihatkan Pas supaya tidak membuat penghakiman mendahului keputusan mahkamah atau menjalankan prosiding perbicaraan mengikut tatacara sendiri yang sekadar semakin menampakkan kebodohan sendiri.

 Ust Ibrahim dipercayai mengulas kenyataan Naib presiden PAS Idris Ahmad yang menggesa Datuk Ambiga Sreenevasan memohon maaf kepada PAS selepas editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown mendakwa beliau sumber dakwaan pemimpin PAS menerima dana daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 “Kalau betul dia kena minta maaf,” kata Idris kepada pemberita di Parlimen hari ini.

 “Sebagai peguam dan pejuang integriti, kebenaran dan pilihan raya bersih kenapa tiba-tiba jadi macam ini? Kredibiliti Sarawak Report boleh dipersoalkan…Apa tujuan dia? Fungsi dia?” katanya di sini

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa