Monday, November 13, 2017

Macam ada yang tak kena jer?

‘Semua CCTV tak berfungsi ketika Koh diculik’

  | November 13, 2017
Tiga CCTV milik MBPJ dan polis trafik serta CCTV di Lebuhraya Damansara-Puchong didapati tidak berfungsi pada 13 Februari lalu.
KUALA LUMPUR: Semua kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian tidak berfungsi ketika Pastor Raymond Koh diculik pada 13 Februari lalu, kata pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
ASP Supari Muhammad berkata, 2 CCTV itu milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala 1 lagi milik polis trafik.
“Saya tulis surat kepada MBPJ untuk bertanyakan rakaman, tetapi mereka menyatakan tidak ada rakaman kerana kamera tidak berfungsi, manakala kamera trafik menangkap pelanggaran trafik juga rosak,” kata saksi ke-7 itu kepada panel siasatan kehilangan Pastor Koh dan 3 yang lain, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), hari ini.
Supari berkata, MBPJ sebelum ini memaklumkan polis banyak CCTV mereka tidak berfungsi.
“Mereka memberi alasan penyelenggaraan terlalu mahal…kami mahu kamera litar tertutup untuk membanteras jenayah, tetapi setiap masa ianya rosak atau dalam proses penambahbaikan.” 
Katanya, CCTV di Lebuhraya Damansara-Puchong juga tidak berfungsi apabila polis mahu mendapatkan rakaman penculikan.
“Kita telah menulis surat kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kemudiannya dimaklumkan ianya tidak berfungsi.”
Sehubungan itu, Supari berkata, siasatan terjejas kerana beliau tidak boleh menunjukkan bukti rakaman CCTV kepada panel siasatan Suhakam.
Beliau turut memaklumkan panel siasatan CCTV yang dikendalikan MBPJ dihubungkan terus ke bilik gerakan IPD Petaling Jaya.
“Ia (CCTV) bukan untuk merekod, tetapi hanya tengok pergerakan (trafik).”
Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu, ketika dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.
Rakaman video insiden itu menunjukkan ia satu rancangan rapi melibatkan lebih 10 individu dan 7 kenderaan pada waktu siang.

1 comment:

  1. Macam dalam filem pulak. Tiba2 semua kelengkapan elektronik tak berfungsi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa