Sunday, November 26, 2017

Pemimpin BERSATU berbohong?

Kenapa pemimpin BERSATU perlu berbohong?
ANINA SAADUDIN   -   24 Nov 2017, 6:12 pm

ULASAN l Setahun telah berlalu sejak saya diberitahu bahawa Sayap Srikandi BERSATU belum didaftarkan dan ditubuhkan pada Disember tahun lalu.

Menurut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh, jawatan ketua srikandi BERSATU secara teknikalnya tidak sah kerana sayap srikandi belum wujud.
Malah Timbalan Pengerusi BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sendiri memaklumkan kepada saya di hadapan setiausaha agung bahawa pada ketika itu hanya sayap ARMADA (Pemuda BERSATU) sahaja yang baru didaftarkan dan ditubuhkan.

Semalam saya dikejutkan sekali lagi apabila mendapat tahu bahawa sayap ARMADA sehingga kini masih belum wujud dalam sistem Pendaftar Pertubuhan (ROS)!
Ini bermaksud, secara tenikalnya majlis angkat sumpah serta perlantikan semua barisan kepimpinan ARMADA BERSATU di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan juga adalah tidak sah.

Kenapa perlu berbohong kepada saya dan ahli ketika itu? Dan berapa banyak pembohongan yang kepimpinan BERSATU nak lakukan terhadap ahli-ahlinya?

Saya harap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak menggunakan isu lokus standi ke atas saya sekiranya saya mengkritik BERSATUsebagai parti yang tidak mengamalkan tadbir urus dengan baik dan berlandaskan integriti.

Saya ingin bertanya kepada presiden dan timbalan presiden BERSATU di mana perjuangan untuk akauntabiliti, integriti dan ketelusan yang selama ini mahu diperjuangkan?

Di mana tagline BERSATU yang saya dan anda cipta bersama di rumah Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2016, “Bersatu, Beramanah, Bermaruah”.

Jawablah soalan saya dan jangan lagi berselindung di belakang ahli-ahli dan hanya berani menghantar keyboard warriors untuk menyerang saya di media sosial. Saya hanya wanita terakhir yang berdiri seorang diri di tengah gelanggang. Saya hanya the last woman standing.

Hentikan alasan yang biasa digunakan, yakni parti baru yang masih banyak kelemahan.
Jika BERSATU mendabik dada bahawa ia mampu memimpin kerajaan baru di Putrajaya selepas PRU14 kerana pengalaman pucuk pimpinannya yang berpuluh tahun dalam kerajaan, jangan beri alasan bahawa parti baru perlukan masa untuk sempurna.

Jika pengasas-pengasas parti juga ditipu, beritahu saya bagaimana saya boleh yakin bahawa anda tidak akan menipu rakyat.

Jika dahulu saya diketawakan dan dilabel gila jawatan kerana kononnya tergesa-gesa melantik barisan kepimpinan Srikandi, hari ini dengan kuasa Allah Taala yang maha adil maka Allah telah menunjukkan kepada semua rakyat siapakah yang gila jawatan dengan sesuka hati dan secara semberono mencantas sesiapa sahaja yang mereka tidak sukai untuk mereka terus membohongi rakyat.

Tanggungjawab saya di sisi Allah untuk bercakap benar walaupun ia pahit untuk diterima.

Ia bukan tentang saya, Dr Mahathir, Muhyiddin atau Mukhriz tetapi ia tentang rakyat. Biarlah saya dikecam, dihina dan dimaki atau apa sahaja yang mampu anda lakukan dengan kejahatan dalam hati, namun kuasa Allah Taala akan tetap melindungi hambaNya yang dianiaya.

Tiada apa yang mustahil di dunia ini dengan kuasa Allah yang maha besar.
Saya menggesa kepimpinan BERSATU untuk segera menginsafi kesilapan. Kembalilah ke landasan perjuangan bangsa yang sebenar.

Contohilah ayahanda Dr Mahathir yang berani bercakap benar dan saya sentiasa menghargai amanatnya kepada saya untuk sentiasa berani bercakap benar untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Jika Rasulullah kekasih Allah dibaling najis dalam membawa kebenaran, apalah sangat sekerdil-kerdil insan seperti saya ini untuk tidak berani berhadapan caci-maki dan fitnah jahat golongan tertentu.

Tuhan saya hanya satu. Kepada Allah saya serahkan perjuangan saya demi negara yang saya cintai. Sudah sampai masanya untuk saya keluar dari hibernasi dan berhadapan dengan kebenaran kerana jika inilah yang ditakdirkan oleh Allah untuk saya lakukan, saya akan lakukannya dengan istiqomah dan jihad keranaNya.

Semoga bumi Malaysia yang dipinjamkan dan diamanahkan oleh Allah untuk syiar Islam akan kekal dalam kekuasaan pemimpin yang mendokong kuasa pemerintahan Islam.

* ANINA SAADUDIN adalah presiden Empirical Malaysia.

3 comments:

  1. Cuba pimpinan Bersatu jwab sikit masalah Sdri Anina tu. Sbb masej sex ke kena drop atau sbb lain. Habis cerita. Noktah.

    ReplyDelete
  2. Amina mengong...pindaan perlembagaan bersatu blm diluluskan oleh ROS untuk Armada...

    ReplyDelete
  3. Good replies in return of this difficulty with genuine arguments and telling all about that.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa