Wednesday, November 15, 2017

Zimbabwe semakin tegang, semua rakyat Malaysia selamat

* Dari situasi: Kuasa Mugabe semakin lemah, tentera mula bertindak

Semua rakyat Malaysia di Zimbabwe selamat, kata Wisma Putra
TMI · Diterbitkan pada 15 Nov 2017 9:30PM
Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, semua rakyat Malaysia yang mungkin telah melakukan perjalanan di Zimbabwe dinasihatkan supaya berada dalam rumah dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak serta juga mengelak membuat perjalanan pada waktu malam. – Gambar EPA, 15 November, 2017

KEMENTERIAN Luar (Wisma Putra) mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang tinggal di Harare, Zimbabwe kini dalam keadaan selamat di tengah-tengah keadaan politik yang semakin tegang di ibu negara itu.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, semua rakyat Malaysia yang mungkin telah melakukan perjalanan di Zimbabwe dinasihatkan supaya berada dalam rumah dan mengelakkan tempat-tempat yang sesak serta juga mengelak membuat perjalanan pada waktu malam.

"Kementerian Luar sedang memantau perkembangan politik dan ketenteraan di sana melalui Kedutaan Malaysia di Harare,"  kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang mungkin sudah membuat perjalanan di Zimbabwe diminta menghubungi Kedutaan di +263 433 4413 / 4414, +263 77 500 1441 atau melalui e-mel di mwharare@kln.gov.my.

Warga Malaysia juga boleh menghubungi Kementerian Luar di Putrajaya menerusi talian 03-8887 4587 (semasa waktu pejabat), 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel di maisarahariffin@kln.gov.my untuk memaklumkan lokasi mereka, kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menasihatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke Zimbabwe dalam masa terdekat supaya menangguhkan perjalanan yang tidak penting sehingga diberitahu kelak.

Menurut laporan media, beberapa letupan kedengaran di bahagian tengah Harare awal Rabu, dua hari selepas pihak tentera mengancam untuk “campurtangan” bagi mengakhiri krisis politik di negara tersebut. – Bernama, 15 November, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa