Thursday, December 7, 2017

Entahlah.......rakyat sedang berkira-kira nak gali lubang kubur siapa agaknya?

Umno perlu jelaskan sampai pembangkang berkubur, kata Annuar Musa
TMI · Diterbitkan pada 6 Dec 2017 10:40PM ·

JENTERA penerangan Umno mempunyai misi untuk memastikan pembangkang dapat dikuburkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sekali gus memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus kuat, kata Ketua Penerangan Umno Annuar Musa. 

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata penekanan menguburkan parti serpihan itu harus dilakukan semua jentera Umno bagi mengekalkan sebuah kerajaan sedia ada yang teguh dan meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

Katanya jentera Umno mempunyai kelebihan untuk bertindak tangkas menangkis tohmahan dan fitnah dilemparkan pembangkang.

"Kita sebagai sebuah negara membangun yang berada di saf hadapan, pastinya memerlukan sebuah kerajaan kuat. Tidak ada gunanya kerajaan yang mentadbir, bertukar lemah selepas pilihan raya.

"Hanya dengan kerajaan yang kuat, barulah segala agenda murni kerajaan dapat disampaikan kepada masyarakat," katanya ketika ditemui Bernama semasa melawat Laman Media di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Walaupun acap kali usaha “mentalkinkan” parti Umno dilakukan pihak pembangkang, khususnya melalui serangan yang berpusat kepada kepimpinan parti, Annuar berkata anggota Umno di seluruh negara tetap menunjukkan keteguhan dan percaya dengan kepimpinan Presiden Umno Najib Razak.

Annuar berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa bergolak yang menyaksikan banyak negara Timur Tengah kucar-kacir sehingga ada negara menukar kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, katanya jentera penerangan Umno tidak akan sesekali berada dalam situasi “menutup sebelah mata” atau membiarkan fitnah berleluasa dilontarkan sewenang-wenangnya oleh pembangkang, walau sekecil mana pun isu dibangkitkan.

"Kita mesti tangani dan menjawab penjelasan kerana kalau dibiarkan fitnah itu (tersebar), maka ia akan dianggap sebagai kebenaran. Fitnah tidak akan datang sepintas lalu dan ia akan berulang...fitnah yang diulang-ulang akan menjadi benda yang benar," katanya. – Bernama, 6 Disember, 2017.

2 comments:

  1. Tiada angin masakan pokok bergoyang,begitu banyak penyelewangan bagaimana harus menutup Mata,simulator golf untuk apa,Wang rakyat untuk pasukan bola,fitnah APA kau cakap, pirah mabuk,bangkai gajah tak boleh ditutup

    ReplyDelete
  2. bila perompak bersuara..cam tak kena jer

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa