Zam Yusa | February 26, 2018
Kebanyakan wanita ditahan bersama anak mereka, kata Pertubuhan Hak Asasi Manusia.
Pejuang YPG Kurdish di Syria. Penganalisis keganasan Asia Tenggara, Pawel Wójcik, berkata masih banyak keluarga ditahan YPG dan Angkatan Demokratik Syria. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Sekumpulan wanita warga Indonesia dan Malaysia yang dikaitkan dengan IS ditahan tentera Kurdish di Syria, kata pegawai badan hak asasi manusia.
Pegawai itu berkata kebanyakan wanita itu ditahan bersama-sama anak mereka.
Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya 15 warga Indonesia dan seorang wanita Malaysia dalam kalangan tahanan itu.
Akhbar Jerman, Die Welt, melaporkan awal bulan ini, lebih kurang 800 wanita warga asing yang menyertai kumpulan militan IS bersama anak-anak mereka ditahan tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat, di utara Syria.
Akhbar Jerman itu menemu bual Pengarah Program Keganasan dan Counterterrorism Pertubuhan Hak Asasi Manusia, Nadim Houry, yang bercakap dengan ramai wanita semasa melawat beberapa kem tahanan di kawasan pegangan tentera Kurdish di Syria bulan lepas.
“Saya tahu terdapat warga Indonesia, sekurang-kurangnya 15 keluarga,” kata Houry kepada FMT menerusi emel.
“Saya tidak ternampak warga Malaysia, tetapi saya diberitahu terdapat satu keluarga.
“Kebanyakan keluarga mempunyai anak, jadi walaupun saya tidak mengetahui maklumat lanjut tentang keluarga-keluarga ini, saya merasakan mereka juga (keluarga Malaysia) mempunyai anak.”
Houry berkata Indonesia antara beberapa negara yang sudah membawa pulang beberapa keluarga pada 2017.
“Lagi satu negara yang sudah membawa pulang warga mereka adalah Rusia. Tetapi masih ada yang belum dibawa pulang,” katanya.
“Saya tidak berpeluang bercakap lebih lanjut dengan mereka kali ini.
“Tetapi saya sudah bertemu dengan keluarga-keluarga warga Indonesia semasa lawatan sebelum ini pada Julai 2017, walaupun saya diberitahu Indonesia sudah membawa pulang sekumpulan wanita itu.”
Houry tidak berkata jika terdapat wanita dari negara Asia Tenggara lain di kem tersebut dan apa yang berlaku kepada keluarga Malaysia itu.
Akhbar itu turut memetik Houry yang mengatakan 800 wanita dan kanak-kanak itu ditahan di 4 kem.
“Mereka berasal dari lebih kurang 40 negara. Terdapat wanita warga Kanada, Perancis, Britain, Tunisia, Yaman, Turki dan Australia,” katanya sambil menambah, terdapat 15 daripada mereka berasal dari Jerman.
Houry berkata wanita di kem itu diberikan tahap kebebasan tertentu tetapi tidak dibenarkan meninggalkan kem.
Mereka ditahan daripada pejuang IS yang ditangkap, katanya.
Sesetengah wanita ditemubual Houry mengadu, mereka “dipukul dan dimalukan” semasa soal siasat dan dipaksa tinggal dalam keadaan tidak bersih dengan bayi mereka.
“Wanita-wanita ini dalam situasi sangat sukar. Terutamanya bagi anak-anak kecil, keadaan sememangnya tidak baik,” kata Houry sebagaimana dipetik.
Houry berkata wanita-wanita tersebut mahu pulang ke rumah dan sanggup dijatuhkan hukuman jenayah di negara asal mereka.
“Sesetengah wanita mahu sekurang-kurangnya menghantar anak mereka pulang,” katanya sambil menambah, kerajaan Eropah sepatutnya membenarkan anak-anak tersebut pulang.
“Kanak-kanak itu tidak melakukan sebarang jenayah, mereka mangsa perang dan biasanya menjadi mangsa ibu bapa mereka yang radikal,” katanya.
Kemungkinan dihantar balik
Pawel Wójcik, penganalisis keganasan Asia Tenggara laman bahasa Polish yang mengetengahkan isu semasa, mPolska24, berkata terdapat banyak keluarga dari Asia Tenggara masih dalam tahanan Angkatan Demokratik Syria dan YPG (Unit Lindungan militia Kurdish).
“Orang Kurdish terbuka untuk rundingan dengan kerajaan bagi proses menghantar balik warga negara,” katanya kepada FMT.
“Keluarga dalam tahanan Iraq mempunyai pilihan yang lebih sedikit kerana mereka lebih cenderung untuk mendakwa atau menjalankan hukuman mati ke atas mereka.”
Kata pakar itu, ia tertakluk kepada Malaysia untuk memutuskan apa perlu dilakukan dengan rakyatnya di sana.
“Sememangnya terdapat keperluan untuk menyiasat peranan rakyat Malaysia dalam organisasi keganasan IS itu sebelum mereka dicekup oleh orang Kurdistan,” katanya.
“Ini penting kerana dalam sesetengah kes, masih ada peluang untuk menjalankan deradikalisasi dan membantu wanita-wanita itu menyesuaikan diri semula dalam masyarakat.
“Bagaimanapun, dalam kes lain, contohnya wanita Malaysia yang menjadi ahli polis moral atau berkhidmat dalam ketenteraan atau pentadbiran IS, ia lebih sukar untuk kerajaan Malaysia menjalankan proses deradikalisasi atau menyesuaikan mereka semula.”

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa