Sunday, January 11, 2015

Kepekaan Menteri ini dipersoalkan

Menteri pengangkutan yang tidak endahkan kelemahan ketara
09:30PM Jan 10 2015
 oleh Mike Tan
KOMEN: Adakah anda membenarkan si buta atau si pekak memandu kereta? Tak ada siapa yang akan membenarkannya kerana pemikiran yang waras akan berkata, sudah tentu risikonya begitu tinggi.

Idea tersebut memang tidak digemari kerana orang kurang upaya tidak dapat melakukan beberapa perkara tertentu.

Kini kita melihat seseorang yang sempurna sifatnya, Menteri Pengangkutan kita, yang seakan pekak dan buta. Ini kerana beliau langsung tidak menangani isu-isu berkenaan keselamatan jalan raya.

Kita ketepikan insiden MH17.

Datuk Seri Liow Tiong Lai masih baru ketika itu, dan hanya memerhati segala yang terjadi ketika para menteri dan pegawai berulang alik ke Ukraine.

Jujurnya, saya sangsi rakyat Malaysia mengharapkan banyak perkara daripada Liow. Beliau adalah presiden satu parti di Malaysia yang dikenali dengan sikapnya yang hanya bercakap, tanpa disusuli apa-apa tindakan.

Rakyat Malaysia bagaimanapun tidak menjangka permainan kata daripada Liow selepas insiden KLIA2 dilanda banjir Oktober lalu. Liow berkata ia menjadi “tasik” namun menteri pengangkutan itu terus ditempelak kerana sikapnya.

Kini selepas tiga bulan, beliau mengumumkan sokongan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) melakukan siasatan ke atas KLIA2. Sebelum ini kedengaran seperti pihak berkuasa mahukan kontraktor bertanggungjawab kerana insiden banjir tersebut.

Selepas gagal meyakinkan rakyat, Liw memutuskan bahawa kesilapan perlu diketahui puncanya.

Liow atau Kementerian Pengangkutan juga masih tidak menggalas tanggungjawab kerana insiden itu dan lebih gemar menyalahkan pihak lain.

Hanya seminggu selepas kebanjiran, jabatan di Kementerian Pengangkutan mencetus berita di dada akhbar.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) berdepan kemarahan rakyat Malaysia kerana melaksanakan operasi ke atas kenderaan dengan cermin gelap dan nombor pendaftaran salah. Pegawai JPJ memberi “fakta” tak masuk akal bagi menjayakan tindakan mereka (kononnya kemalangan berlaku kerana saiz nombor plat yang bersalahan dengan undang-undang).

Rakyat menempelak mereka tetapi diketepikan begitu sahaja, termasuk oleh Liow sendiri. Namun usaha telah dimulakan pengguna jalanraya di laman media sosial.

Gambar, video dan dokumen JPJ termasuk pengarah JPJ melanggar peraturan disebarkan.

Namun Liow tetap berdiam diri.

Kemudian pada Nov 11, surat agar operasi ditangguhkan mula tersebar, dan ia diutus Liow sendiri.

Saya tertanya-tanya apakah pengarah JPJ dengan kenderaan Toyota Fortuner telah menukar nombor pendaftaran serta cermin gelapnya agar mematuhi peraturan.

Ada sesiapa nampak kereta tersebut?

Saya tahu Liow tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasnya.

Apa sikap yang ditunjukkan menteri pengangkutan ini?

Dia hanya bercita-cita tinggi dan telah bertindak menolak dasar agar tidak memegang jawatan di dalam kerajaan hari ini yang dibuat pemimpin terdahulu.

Baginya, perlantikan tersebut satu anugerah dan bukannya tanggungjawab yang perlu digalas. Liow hanya mahu meraih untung dan mengekploitasi segala keuntungan hasil jawatan yang dipegangnya.

Dia tidak berkhidmat kepada rakyat dan bukan diangkat ke jawatan tersebut.

Hanya kerana Liow presiden MCA maka dapatlah dia dipilih selaku menteri - agar meraih undi daripada masyarakat Cina yang tidak lagi percayakan Barisan Nasional. Namun Liow langsung tidak berusaha.

Dia kekal berdiam diri dan menyalahkan pihak lain sahaja.

Kalau desakan rakyat pun tidak diendahkannya, maka berterusanlah Liow menikmati kebahagiaan hidup - tanpa mendengar keluhan dan aduan yang dibuat. Mungkin itulah slogan yang diamalkannya.

2 comments:

  1. Pemangku yg menggalas jawatan itu sebelum LTL menjawatnya pun teruk juga. Dgn gaya bercakap yg meyakinkan ketika kehilangan MH370 dulu, akhirnya haprak!

    ReplyDelete
  2. Budak bahalol tidak kira kaum....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa