Sunday, January 11, 2015

Rahsia Jutawan Muda

Jutawan muda dadah
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Baru berusia 18 tahun namun seorang remaja lelaki sudah bergelar ‘jutawan’ hasil kegiatan memasak dan mengedar dadah jenis syabu dalam jumlah besar.

Remaja itu dibantu bapa saudaranya berusia 44 tahun dikenal pasti dalang sindiket dadah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, kegiatan kedua-dua suspek itu ditumpaskan selepas suspek ditahan pada Rabu lalu, di kawasan Sentul, di sini.

Menurutnya, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah pangsapuri di Jalan Kampung Bandar, Sentul yang dipercayai menjadi makmal memasak dan membungkus syabu.

“Hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dipercayai disewa kedua-dua suspek terbabit menemui satu bekas plastik mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu yang siap diproses.

“Semasa serbuan, polis turut menemui beberapa peralatan seperti balang kaca yang disyaki digunakan untuk memproses dadah,” katanya.

Katanya, polis menganggarkan syabu yang dirampas itu bernilai RM954,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti rangkaian aktiviti pengedaran dadah dan punca bekalan dadah itu diperolehi suspek,” katanya.

2 comments:

  1. Agaknya remaja itu bukan ahli Umno tapi bercita-cita untuk jadi kaya sebagaimana sebahagian ahli Umno. Asas untuk mudah jadi kaya mestilah melakukan perkara2 illegal.

    ReplyDelete
  2. Ini budak bahalol

    Buat duit sumber haram nak buat apa.

    Di zaman ini ; semua orang boleh jadi lahanat kaya ber gaya.

    Tetapi yang beda nya , seorang yang dapay lawan nafsu lahanat nya dan jadi orang se baik baik orang.

    Itu yang paling bijak !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa