Monday, September 8, 2008

Ada Lagi Rupanya Musang Di Reban Ayam

Kita tengah ngairah menunggu 16 Sept. dan saya yakin majoriti rakyat Malaysia sedang menanti detik itu dengan punuh debaran. Tiba-tiba abe li kapak jangak sudah dapat menghidu bau musang di reban ayam yang selama ini disangkakan reban tertutup rapat. Tidak disangka walau pun ditutup rapat masih ada musang yang berjaya menyelinap masuk dan menunggu masa dan ketika yang baik sahaja untuk membaham dan membawa lari ayam di reban.

Itulah adat dan tabiat makhluk yang bernama manusia dan lumrah alam. Ada jujur ada penyangak, ada yang pemurah ada yang tamak, ada yang setia ada pembelot, ada pembela ada penghianat. ada yang menurut ada yang engkar, Itulah yang menbentuk pancaroba alam ini dan juga melengkapkan sebuah alam yang memang diciptakan begitu.

Hakikatnya pengkhianat ada di mana-mana. Cuma yang membuatkan saya terkilan kerana pengkhianat ini datangnya dari Negeri Kelantan, negeri Tok Guru dan juga melibatkan salah seorangnya adalah orang yang diberi kepercayaan menjadi Calon dan seterusnya dipilih menjadi MP oleh rakyat yang percayakannya dan parti Tok Guru. Dan seorang lagi adalah dari MP PKR. Kalau betul bagai yang dikata, mereka berdua ini adalah sebenarnya pengkhianat rakyat bukan saja di Kelantan tetapi juga menghancurkan harapan rakyat Malaysia yang berjiwa bebas.

Musang-musang ini juga dipercayai akan membawa keluar bersama beberapa ADUN yang berkemungkinan besar akan merubah senario politik Kelantan dan mencabar kewibawaan pimpinan Tok Guru Menteri Besar.

Apakah yang mereka kejar pun tidak siapa yang tahu. Cuma khabarnya tiada apa-apa habuan yang ditawarkan oleh UMNO tetapi hanya marahkan kenyataan pembesar parti yang menyatakan kronisma adalah juga amalan Rasulallah saw. Siapa pemimpin yang membuat statement tersebut saya pun tak terbaca lagi. Kalau betullah begitu, memang tidak cerdiklah seorang pemimpin yang membuat kenyataan yang mencabar wibawa kita sendiri. Amat tidak cerdik juga kepada yang ingin meninggalkan perjuangan selama ini hanya kerana satu kenyataan yang belum tentu benarnya.

Walau apa pun mereka bebas memilih haluan sendiri, orang lain juga bebas memilih jalan yang akan dilalui. Cuma jalan mana yang membawa kita ke matlamat yang dituju. Adakah jalan berliku dan berdebu atau pun jalan lurus dan terurus? Tepuk dada tanyalah selera. Fikir dulu jangan menyesal kemudian.

Janganlah di satu masa nanti yang setia menitis air mata gembira tetapi pembelot menitis air mata kekesalan!

5 comments:

  1. setiap zaman akan ada ramai okb- orang kurang upaya berfikir..banyak saya nak kata di blog saya...yg merupakan oku!

    ReplyDelete
  2. kdg2 Allah buat pembersihan dlm perjuangan dgn membuang bulu2 kotor yg menyimpan kuman di ketiak kita..

    rileks sebentar utk melihat kartun2 politik terbaru saya di blog saya!

    ReplyDelete
  3. begitulah kalu tak kenal diri hakiki...ada yg jd musang, ular dan tenuk...

    insanulkamil tidak akan terpengaruh engan perangkap siasah duniawi

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Bukankah manusia itu sendiri yang merencanakan politik dan politik itu sendiri seribu macam kemungkinan.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara,

    Apa khabar Saudara sekeluarga dan bagaimana suri saudara sekarang? Adakah dia masih bersedih dengan kehilangan ibu tercinta baru baru ini? Bersabarlah..

    Balik sahaja ke tanah air, kepala saya kusut semula dengan cerita politik tanah air kita yang tercinta.

    Saya hanya berdoa agar Allah swt berikan Malaysia yang terbaik. Supaya apa yang ada sekarang dapat kita sama sama pertahankan, supaya apa yang bakal kita tinggalkan untuk generasi masa hadapan kita membawa faedah dan kearah kebaikan mereka semua, InsyaAllah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa