Thursday, October 30, 2008

Ada Tapi Tak Nyata

Maaf ye Wak Jono, tajuk ciplak ni...

Dekat raya baru nih, En. Karim bawa balik lima rak yang penuh telur untuk isterinya Puan Amnah buat kueh tempahan raya. Bila bawa balik Puan Amnah tanya suaminya "Bang, mana tepungnya, mana gulanya. Kan saya dah pesan kat abang pagi tadi" Rupanya En Karim lupa nak belikan dua perkara lagi. "Sorry Nah, abang lupa tadi. Tapi hari masih siang, jomlah kita keluar belikan sama-sama, lagi pun boleh awak pilih apa-apa lagi yang perlu"

Puan Amnah pun bersiap dan bila nak naik kereta, Puan Amnah teringatkan anak lelaki bungsunya Amin yang berumur 4 tahun sedang tidur. Jadi Puan Amnah pesan kat kakak Amin, Amsyirah yang di dalam darjah 5 untuk menjaga adiknya sementara dia ke kedai bersama bapanya. En. Karim dan Puan Amnah teruslah ke kedai nak beli semua keperluan.

Semasa Puan Amnah berpesan kepada Amsyirah tadi, Amsyirah tengah asyik baca komik doraemon. Asyik dengan komik, dia tidak sedar si Amin sudah bangun dan ke dapur mencari ibunya. Di dapur, di dapati ibunya tiada tetapi banyak telur. Amin pun mula pecahkan telur itu satu persatu sehingga habis. Jadi bertaburanlah kulit telur dan lenjun ruang dapur dek isi telur yang dipecahkan Amin. Kakaknya masih tidak sedar yang Amin menyudahkan kerja di dapur.

Lebih kurang 2 jam kemudian En. Karim dan Puan Amnah pun balik. Alangkah terperanjatnya mereka apabila didapati semua telur yang dibeli telah pecah. Dengan suara yang kuat Puan Amnah memanggil Amsyirah yang masih lagi di bilik dan adiknya pun memang sudah jumpa kakaknya. Puan Amnah menengking Amsyirah "Syirah, siapa yang pecahkan semua telur ni? Kan telur mama nak buat kueh tempahan orang!" Amsyirah terdiam kerana terperanjat. Tiba-tiba Amin bersuara "Mama, adik pecahkan sebab nak bagi anak ayam senang keluar. Tapi tak ada pun!" . "Mana Adik tahu di dalam tu ada anak ayam?" Celah En. Karim. "Hari tu kat rumah atuk, Adik tengok ibu ayam patuk-patuk telur, pas tu keluar anak ayam. Sebab kat rumah kita ibu ayam tak ada, Adik tolonglah pecahkan supaya anak ayam boleh keluar tapi semua telur ni tak ada anak ayam. Semua ada air jer". Amin merenung putih telur dan kuning telur berlambak di lantai. Perlahan Amin berkata "Kalau ada anak ayam, raya lain kali Papa tak payah beli telur sebab ayam ni akan bertelur lebih banyak, mama boleh buat lagi banyak kueh, kita akan kaya"

Puan Amnah ambil rotan nak dirotanya Amin tetapi En. Kasim menghalang. "Kenapa awak ni, apa kata Amin tu betul, tak apa esok saya beli telur lain"

21 comments:

  1. uncle, hehehe bijak si Amin ni. seorang pemerhati yang baik..dan ada visi :)

    ReplyDelete
  2. fitrah anak..mencari jawapan..itulah kejujuran yang orang dewasa musnahkan

    ReplyDelete
  3. salam uncle...wah hebat cerita ni..bak erisya kata bijak si Amin..tapi saya nak kata...bijak sungguh uncle!! meneka segala permasalahan dunia.itulah kelebihan orang lama..sekilas ikan air,nampak jantan@betinanya...walau sebaris kata2 nampak jelas maksud didalamnya...pray 4 me...

    ReplyDelete
  4. sdr Mountdweller kisah yg menarik n memang bijak si Amin tu. sama2 kita renungkan....

    ReplyDelete
  5. mendalam maksud tersembunyik atau alasan sekadar menutupi kesilapan??

    ReplyDelete
  6. Uncle, cerita ni betul2 ker? tp tu lah kan, bdk2 nak marah pun tak boleh, kena bykkan bersabar jek lah.. cerita nih mmg best, kelakar pun ada.

    ReplyDelete
  7. Pimikiran kanak2 yang kadang kita pun x terpikir..

    ReplyDelete
  8. Salam saya untuk semua.

    erisya,

    Itulah kanak-kanak sememangnya bijak dan memerhatikan apa saja sebenarnya. Itulah sebabnya ibu bapa adalah icon bagi anak-anak.

    Wak,

    Itulah masalah besar yang kita hadapi untuk mematangkan anak... kita yang tidak bijak sebenarnya.

    miss jaz,

    Uncle tidak bijak sebenarnya, kebijaksaan itu didatangkan oleh yang maha mencipta. Jadi kalau dikatakan bijak sekali pun, itu hanya pinjaman dariNya. Anakanda hati-hatilah mengharungi pancaroba kehidupan yang masih panjang.. Insya Allah.

    sdr.sakurasa,
    Amin memang satu watak yang bijak. Kita yang dewasa saja yang gopoh.

    hanis,

    Memang ada maksud yang tersirat. Nanti uncle terangkan di bawah.

    azlin,

    Cerita ni betul, tak betul bukan soalnya. Tetapi renunglah apa yang tersirat. Budak, itulah perangai budak sebenarnya. Pengamat yang tekun.

    qaseh,

    Kekadang budak memang lebih bijak dari kita yang dewasa ni.

    ReplyDelete
  9. Beberapa perkara yang patut kita renung berkenaan cerita di atas.

    Watak utama ialah Amin mewakili watak seorang kanak-kanak yang mempunyai naluri terlalu ingin tahu. Amin terlalu fikir nak berbakti kepada ibunya dan dia juga seorang pemerhati yang baik. Terlalu lurus kerana budak adalah bersih dari dosa.

    Watak kedua ialah En. Karim mewakili watak seorang lelaki dewasa/bapa dan ketua keluarga dengan sifat Leka, leceh tetapi berfikiran tajam. Ambil remeh di dalam satu perkara yang dipesan oleh isteri. Sabar dengan tingkah laku anak-anak dan bijak mendalami dan menangani suasana.

    Watak ketiga Puan Amnah mewakili watak seorang perempuan dewasa.
    Cukup peduli tapi gopoh.. tidak berfikiran jauh. Kehendaknya mesti dipenuhi tetapi mempunyai daya usaha yang lebih.

    Amsyirah mewakili watak remaja yang tidak perihatin dan pentingkan diri... leka,tidak boleh pegang amanah.

    Telur menjadi objek kerahsiaan. Ayam dari telur, telur dari ayam dan tiada ayam di dalam telur dan tiada telur di dalam ayam. Bab ini kita biarkan saudara saya Wak Jono yang terangkan.

    ReplyDelete
  10. salam semua..
    abg mount dan wak yg dihormati,semakin byk yg kalian buka semakin kecil aku ini.huhuhu
    nak cari ayam dlm telur,nak cari aku dlm aku.isk isk isk
    tetiba aku jadi sedih,jd sayu.. pilu

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Bijak memang bijak si Amin, tapi kesian dengan mak dia. Nak kemas dapur tu satu hal lagi.

    Satu hari dulu, jiran saya Kak Bibah beli barang keperluan dapur dan seperti biasa beli juga telur ayam dua dozen untuk sarapan pagi suami dan anak anak.

    Pembantu rumah Indonesianya baru tiba dua hari dari agency dan Kak Bibah pun bual hal dia selepas letak barang-barang di dapur.

    Besok pagi puas dia cari telur ayam sebiji pun tak nampak nak buat telur setengah masak. Tanya pembantu rumah Indonesia barunya, rupa-rupanya 24 biji telur tu semua dia letak dalam freezer!

    ReplyDelete
  12. Sebelum terlupa, Terima Kasih atas 'ramalan mimpi ngeri' saya itu. InsyaAllah, nasihat itu akan saya ingat sampai bila-bila dan InsyaAllah cuba sedaya upaya praktikkan.

    Shukran, BarakaAllah fi ka. Salam

    ReplyDelete
  13. Salam buat semua.

    Puan melayuangkat,

    Perlakuan pelik oleh mate indon ni rupanya bukan satu. Mate arwah mertua saya pun satu hal, masak ikan tidak buang perut!

    Puan terlalu meninggikan saya, saya juga macam teman-teman lain. Kita manusia adalah sama. Saya juga takut dimukai Allah. Tidak ada kelebihan sebenarnya di atas diri saya.

    Kita hanya mengikut ajaran Muhammad ia itu ingat mengingati antara umatnya. Sunnah.

    ReplyDelete
  14. Buat saudaraku aku,
    Saudaraku aku.. sejahteralah ke atas tuan hendaknya. Janganlah sedih, janganlah sayu, kita sama-sama kecil dan sama-sama mencari.

    Saudara moses, salam buat tuan.
    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Haaa.. betul tu, dalam buah kelapa memang ada pokok kelapa.. Nanti kita suruh siAmin carikan. Dahlah nama Allah ke seratus ronasina dah sorok..

    ReplyDelete
  15. Niat Amin betul tapi tersalah Cara. Tapi, tidak salah rasanya Puan Amnah membedal anaknya kerana itulah hak si Ibu.

    ReplyDelete
  16. Betul tu tok rimau, masing-masing memang ada hak.

    ReplyDelete
  17. salaams uncle,

    erisya pun ada mimpi ngeri. Jenuh belek buku Ibnu Sirin tapi tak jumpa pula takwilnya. Uncle boleh bantu?

    ReplyDelete
  18. erisya mimpi macam mana? uncle pun bukan pandai sangat. Kalau clue tu uncle tahu insya Allah uncle tolong.

    ReplyDelete
  19. thank you uncle. erisya citer via emel , ya? ada org kata tak baik cerita tentang mimpi, kecuali untuk dapatkan takwilnya.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Hеllo my friᥱnd! I want to say thаt thiѕ article is aweѕome, great wrіtten and include approximately all significant infoѕ.

    I'd like to peer more postѕ liкe this .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa