Sunday, October 26, 2008

Pesanan

Kepada teman-teman yang akan masuk hutan, inilah sedikit pesanan dari saya. Untuk makluman para teman, saya bukannya handal, saya bukannya berani dan saya bukannya tahu sangat. Saya adalah insan yang serba kekurangan. Sesiapa yang mahu terima pakai terimalah.... apa yang saya perturunkan di bawah:

Untuk mengatasi rasa takut inilah yang saya lakukan:

* Kenal diri kita, siapa kita dan kita akan kenal Allah. Bila dah kenal Allah maka di sisi Allahlah segala-galanya. Mana lebih kita takutkan Binatang, Setan atau kepada Allah. Jadi tawakkal dan serahkan segala urusan hanya kepada Allah. Tang ini kena belajarlah sikit dengan mursyid.

*Tekat di hati "Tidak akan bergerak sebesar zarah sekali pun tanpa izin aku" Maknanya kita tidak akan binasa tanpa izin Allah. Zikrullah jangan diabaikan sebab "Sekiranya kamu mengingati Aku, Aku akan mengingatimu" Yakinlah kita di bawah perlindungan Allah.

* Kita manusia dijadikan Allah sebagai Khalifah di bumi. Maknanya kita adalah Raja dan kita selayaknya berkuasa ke atas mereka, lebih-lebih lagi setan. Setan/Iblis adalah makhluk durhaka kepada Allah dan dimurkai Allah. Jadi kita sebagai Muslim, kenapa nak takut/tunduk kepada Iblis.

* Semasa kita nak masuk hutan, mengikut petua Arwah Guru saya, kita hendaklah memberi salam kepada semua makhluk hutan dan katakan kita telah dipesan oleh Nabi Ilyas untuk datang sebagai tetamunya.

* Amalkan Ayat seribu dinar dan Laqadja akum di samping ayat Kursi. Kalau tersesat baca surah Waddhuha.

Ada lagi sedikit sebanyak bekalan tambahan. Cuma kenalah jumpa saya. Kalau yang tinggal di KB tu senanglah sikit. Tapi sekali lagi pesanan saya, Jangan anggap saya seorang yang handal - Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

25 comments:

  1. salam uncle..jgn la merendah diri uncle...sekurang-kurangnya uncle lebih tahu tentang selok-belok hutan kepunyaan Allah ini dari mereka yang tak punyer pengalaman mcm jue ni..Tips yang uncle bagi amat berguna sesangat kepada yang nak masuk hutan,..so kepada pembaca diluar sana jgn lupa apa yang diperturunkan uncle buat kita semua..wassalam

    ReplyDelete
  2. yaaa.. setuju sgt ngan miss jaz tu... bubuh laman sembang kat blog tu senang nak berbicara dan bertanya khabar

    ReplyDelete
  3. iya setuju sangat dengan miss jaz, petua ini bukan hanya berguna untuk masuk hutan...malah baik untuk dijadikan amalan seharian agar dimurahkan rezeki dan terlindung dari petaka..:)

    ReplyDelete
  4. Yang saya tahu petua masuk hutan..mulut jgn celupar..jgn petik bunga atau buah pelik2 dalam hutan dam jgn tegur benda pelik2

    (dpat beza tak..nasehat org yang tak biasa masuk utan dgn org yang dah biasa..isk isk isk..malu kat diri sendiri)

    ReplyDelete
  5. Sdrku mogen,

    Tujuan melarag celupar ialah berkaitan sikap bongkak dan takbur. Orang yang celupar adalah orang yang takbur sebenarnya. Orang yang takbur tidak akan mendapat perlindungan Allah.

    Tentang petik memetik ni, bagi saya bukan pantang larang sebab semua flora dan fauna serta seluruh makhluk adalah hak Allah. Kita adalah khalifahnya, buatlah apa sahaja asalkan memberikan manafaat dan di atas nama Allah.

    Yang penting dapatkan perlindungan Allah dahulu dengan tidak syirik kepadaNya dan selalu berzikir serta tawakkal.

    miss jaz/jue dan erisya,

    Yang paling penting adalah dekatkan diri kepada Allah dan tawakkal. Kita tidak akan binasa tanpa izinnya.

    Sdr. one zaba,

    Maaf, saya tidak mahu menjadikan sesuatu tajuk yang susah difahami ramai dipaparkan kepada umum. Nanti akan menimbulkan salah faham dan fitnah berdasarkan pesanan Sayyidina Ali radhiallahu anhu.

    Tetapi sesiapa pun sekiranya mahukan keterangan lanjut boleh email saya melalui fakhruddin_yusoff@yahoo.com

    Walau apa pun sokongan anda semua sangatlah saya alu-alukan dan berbanyak-banyak terima kasih.

    ReplyDelete
  6. akum uncle...
    saya tahu uncle banyak pengalaman..thanks coz perturunkan tips yang bagus.dulu masa skolah selalu masuk hutan, aktiviti sekolah....
    skrg pun teringin nak join lagi tapi tak tahu macamana...
    nanti uncle boleh bagi tips lagi..
    ok

    ReplyDelete
  7. Salam uncle..
    Em,sgt berguna..Qaseh masa belajar dulu banyak sertai aktiviti mendaki..Mmg banyak pengalaman pelik2 masuk hutan ni..Penah trekking kat Jeram Linang,Lata Tembakah n Bukit Bakar..Pernah diserang gajah yang teramat besar masa camping d Pulau Redang..Turun dari bukit ke kawasan tapak kemah..Jelmaan.Mmg x dapat dilupakan.Mcm2 lah..yang pasti smua benda kena jaga n tawakkal pada Allah.

    Uncle,kalau ada aktiviti2 lepas ni Qaseh nk join boleh ke?da lama x buat aktiviti lasak..X tau nk join club ape..

    ReplyDelete
  8. A'kum semua.
    Qaseh,

    Ada satu trek yang agak mencabar yang uncle rintis dari Jeram Linang ke Bkt. Bakar. Trekking ambil masa 1 hari dan 1 malam. Dari Lata Tembakah ke Gunung Tebu pun boleh tahanlah juga jerihnya.

    Lepas musim hujan ada cadangan nak ke Gunung Rabung. Cuma kalau hujan tu bahaya, dahan runtuh. Di Gunung Rabung ni Tok Rimau dan Tok Gajah ada kalau nasib baik nak jumpa. Apa pun untuk hubungi uncle qaseh boleh pakai email uncle tu. qaseh nak join tu agak terhadlah sikit sebab qaseh bukan berada di kb.

    ann,

    ann boleh pakai sama email tu untuk apa-apa pertanyaan. ann lagi senang sebab ann kat kota bharu. anyway tq kerana singgah di sini.

    ReplyDelete
  9. salam..
    tkaseh singgah d blog sy n tinggalkan komen..

    mgkin ada sstu yg kita boleh kongsi psl hutan..

    ReplyDelete
  10. hanis dan azza,

    Insya Allah uncle akan titipkan apa uncle tahu di blog ini nanti pelan-pelan.

    ReplyDelete
  11. Petua yg baik. Tetapi sy lebih berani di hutan berbanding di dalam rumah. memang dari kecik camtu. Insya Allah sy akan cuba amalkan.

    ReplyDelete
  12. Sdr. Demang,

    Apa yang ada pada saudara adalah normal. Abang sulung saya juga begitu, kalau sorang di rumah waktu malam dia rela duduk di tangga.

    ReplyDelete
  13. Salam saudara Fakhruddin,

    Alhamdulillah. Terima kasih atas ilmu yang telah saudara kongsikan di sini.

    Banyak ilmu dan petua yang telah saya perolehi daripada blog saudara. Semoga ALLAH membalasnya dengan radha NYA ke atas saudara dan keluarga.

    Salam persaudaraan.

    ::

    ReplyDelete
  14. Salam untuk sdr. Mohd. Sofi,

    Saya hanya berniat mahu berkungsi ilmu Allah.

    Terima kasih di atas doa saudara

    ReplyDelete
  15. Salam uncle tq kerana sudi berkongsi Ilmu.

    ReplyDelete
  16. menarik.amat menarik petua tu...insyallah saya akan sebarkan....

    ReplyDelete
  17. sdr. jinggo,

    saya sanjung apa yang saudara lakukan untuk anak bangsa. curahkanlah bakti semuga Allah memberkati.

    ReplyDelete
  18. bangsa malaysia adalah ikut perlembagaan dan rukun negara serta kontrek sosial 1957...

    bangsa malaysia tak kan terjadi kalau dengan model yang kita khayal sendiri... tanpa perkara di atas.

    jemput ke
    http://aberamly.wordpress.com
    http://ramlyotai.blogspot.com
    http://awanggedeber.blogspot.com
    http://hanturaya57.blogspot.com
    thank u

    ReplyDelete
  19. salam uncle...
    terima kasih kerana kongsi ilmu tu..
    Hutan mmg ada cabarannya, hutan batu pun banyak jugak cabarannya.. he he he

    ReplyDelete
  20. Salam sdr. mutakalim.

    Cabaran akan mengejar kita ke mana-mana. Cuma apa yang perlu ialah berikhtiar untuk mengatasi cabaran. Selebihnya serahkan kepada yang Haq.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Terima Kasih, Terima Kasih kerana sudi berkongsi Ilmu dengan kami semua. Terima Kasih kerana tidak lokek memberitahu kami apa yang patut dibuat jika nak masuk ke hutan.

    Sejak saya baca blog Mountdweller, pandangan saya terhadap 'hutan belantara' berubah sama sekali. Seolah olahnya wujud satu Dunia tersendiri di situ dan kita semua mesti memahami dan menghormatinya.

    Apa-apa pun, macam saya ini memang tidak terdaya mengharungi hutan simpanan pun. Tetapi tidak bererti saya tidak meminati untuk membaca dan menambah ilmu pengetahuan mengenainya. SubhanaAllah!! Terlalu banyak rahsianya!!

    ReplyDelete
  22. Penulisan yang ilmiah dan dasyatlah Tuan. Terima kasih atas tips tersebut.

    ReplyDelete
  23. Tok Rimau,

    Itu bukanlah dahsyat sangat. Itulah yang saya amalkan sejak saya remaja lagi. Saya fikir adalah lebih baik dikungsikan kepada sesiapa yang mahu. Sekurang-kurang saya ikut pesan Rasulallah "Bertarbiah".

    ReplyDelete
  24. Sie haben ins Schwarze getroffen. Darin ist etwas auch mich ich denke, dass es die gute Idee ist. levitra vs viagra side effects cialis preis [url=http//t7-isis.org]cialis 20mg lilly[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa