Wednesday, October 8, 2008

Suka Duka Aidil Fitri









Kedatangan Aidil Fitri disambut dengan ceria dan gembira dengan kepulangan dua orang puteri kami Along dari Kota Kinabalu dan Adik dari Permatang Pauh. Namun kegembiraan kami sedikit terencat dengan kepulangan ke Rahmatullah Ibu Mertua sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Walau apa pun kami iringi dengan doa semoga rohnya damai dengan limpahan rahmat Allah yang Maha Esa. Hiba juga mengenangkan perasaan isteri kerana hari yang mulia kali ini disambut tanpa ibunya yang dikasihi tambahan lagi abang iparnya juga telah kembali ke Rahmatullah genap dua bulan sebelumnya. Isteri saya juga telah ketiadaan bapa yang juga telah meninggal.

Raya tahun ini kami hanya beraya di Kota Bharu, di rumah kami. Walau pun saya juga telah kehilangan Ibu, Ayah dan abang ke dua lama sebelum ini namun terhibur dengan ramai rakan taulan dan sanak saudara yang bertandang sehinggakan tidak cukup tangan untuk melayan. Berjabat dan berpelukan adalah tradisi lambang kemesraan dan silaturrahim.

Kemaafan dari yang hidup dan doa untuk yang telah pergi kami abadikan. Amin.

6 comments:

  1. nampaknya kang mount orang yang kaya...
    kaya dengan kebahagiaan bersama isteri dan 2 puteri perawan anggun..

    kaya bila jiwa ini sejahtera!

    ReplyDelete
  2. Bahagianya Keluarga Tuan..terpancar di wajah Tuan.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saya tumpang gembira kebahagian Saudara sekeluarga.

    Salam.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya

    ikhlas,
    Tuan Saharizam

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan Mount..ini puteri dari gunung mana pulak :)..Adakah tuan mount sedara dgn Gusti Adipati :)

    ReplyDelete
  6. [url=http://ravensofficialnflshop.com/]Ravens Terrell Suggs Jersey[/url]

    For best results, use photo paper in the photo printer6Avoid using the wash cloth inside the printer
    Your list can help you to get your articles published on a regular basis by ezine publishers and webmasters who enjoy your writing Inkjet cartridges can print on almost anything including fabric, film, and almost any size piece of paper There are many sharp points that can tear the cloth's fiber and leave loose strands inside the printer Like everything else in life, illness or accidents don't always happen between 8:00 a

    [url=http://official49ersjerseystore.com/]Authentic Aldon Smith Jersey[/url]
    [url=http://giantsofficialjersey.com/]Blue Eli Manning Jersey[/url]

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa