Sunday, October 12, 2008

Tahun 2008 Merupakan Tahun Kehilangan

Nampaknya memang tahun 2008 menjadi tahun sedih bagi keluarga kami. Tadi pada jam 1.30 petang 12 Okt. 2008 kami kehilangan Kak Ipar yang begitu rapat dengan keluarga kami. Nik Fatimah Binti Nik Daud yang kami bahasakan Kak Mah adalah isteri kepada Abang Sulung saya telah pulang ke Rahmatullah. Beliau hanya pening, baring dan terus koma sebelum meninggal 2 jam kemudian. Ketika itu Allahyarham dan abang saya bertandang ke rumah Kakak ke dua saya di Pasir Puteh dan di sinilah beliau kembali ke sisi Allah. Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cik Siti di Jalan PCB Kota Bharu awal esok selepas subuh. Semoga rohnya dirahmati dan diampuni Allah yang Maha Pengampun. Amiin.

Pada 23 Ogos 2008 saya kehilangan Mak Mertua dan isteri saya kehilangan Ibu yang dikasihi. Pada 24 Jun 2008 sebelumnya kami kehilangan Abang Ipar, suami kepada Kakak kedua isteri saya akibat kemalangan. Allahyarham dilanggar lari. Sebelum ini tidak siapa pun yang tahu macam mana kemalangan berlaku. Ditakdirkan dengan izin Allah Allahyarham datang beritahu saya di dalam mimpi. Betul atau salah hanya Allah yang tahu. Di kalangan keluarga, saya hanya beritahu isteri saya saja tentang hal ini. Saya tidak mahu hebuh nanti orang akan kata saya mengarut atau merapu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


15 comments:

  1. hari ini juga bapa hisham rais meninggal..Al Fatihah bang!

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Alfatihah buat kesemua yang telah
    kembali kepada NYA, lebih dahulu dari
    kita. Giliran kita juga semakin hampir.

    Semoga ALLAH tempatkan arwah dikalangan hamba-hamba NYA yang terpilih.

    Salam takziah buat saudara dan keluarga.

    Sofi

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainnailaihi raajiun. semuga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainnailaihi raajiun.Rahmat Allah utk mereka.Amin.

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wainnailaihi raajiun.Rahmat Allah utk mereka.Amin.

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wainnailaihi raajiun..
    gugurnya daun di Arash Allah..Al fatihah buat semua

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Saudara,

    Saya baru dapat internet dan tumpang sedih atas berita ini.
    Innalillahiwainnalillahirojiun.

    Takziah saya kepada seluruh keluarga Allahyaharmah. Semoga ruhnya dicucuri Rahmat Illahi yang berterusan dan diletakkan dikalangan ruh orang orang yang Soleh. Amin!!

    ReplyDelete
  8. uncle, semoga roh mereka dicucuri rahmat belas ihsan Allah. dan benarlah hakikat, yang hidup hujungnya mati. semoga kita semua mendapat rahmat dan hidayah. yang pergi, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  9. Salam untuk semua

    Terima kasih banyak-banyak di atas simpati dan takziah saudara/saudari semua.

    Semoga mendapat ganjaran dari Yang Maha Pemurah.

    ReplyDelete
  10. Takziah sdr, semoga aruah dicucuri rahmat,diampuni semua dosa dan diterima segala amal.amin

    ReplyDelete
  11. daripadaNya dia dtg kepadaNya dia kembali..Moga roh di cucuri rahmat

    ReplyDelete
  12. salam takziah buat saudara..agar pemergian mereka memberikan kita satu kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah ddunia yang sementara ini..Alfatihah buat semua yang telah meninggalkan kita dibumi sementara ini..
    terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa tu...wassalam

    ReplyDelete
  13. Saudari erisya dan miss jaz :

    Salam beradat salam bersambut.
    Jalan beringan menuju pekan
    Kedatangan kalian memang dijemput
    Singgah kalian amat dialu-alukan.

    Anak rusa meneguk di perigi
    Ada masa jengoklah lagi.

    Terima kasih kalian berdua.

    ReplyDelete
  14. saya link blog saudara. salam aidilfitri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa