Wednesday, December 17, 2008

AKU BUKAN MUSUH HARTA

Saya copy puisi dari ilham bekas Mufti Negeri Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dari blog kerajaan rakyat saudara saya. Izin saya wahai saudaraku Mohd. Sofi

Cuba kita sama-sama baca dan renungkan bersama di manakah silapnya sehingga digam oleh RTM. Renunglah dengan minda yang tidak memihak dan menuduh. Apakah pandangan teman-teman blogger sekalian.

Bagi saya ianya dakwah yang mengujakan naluri bersih di dalam diri kita supaya tidak memandang harta. Apatah lagi melalui cara dan jalan yang tidak di redhoi.


25 comments:

  1. uncle, erisya pun suka puisi tuh...touching!...kat blog erisya ada link Dr MAZA....:)

    ReplyDelete
  2. erisya,

    Itulah yang uncle hairan bin ajaib. Adakah manusia yang mengharamkan puisi ini bukan Islam dan menolak kebaikan. Bencikah dia kepada "amal ma'aruf nahi mungkar?"

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Wr,Wb

    Walaupun tulisannya tidak jelas tapi tajuknya sudah boleh agak, sebenarnya carilah harta sebanyak mungkin akan tetapi ALLAH jangan lupa

    Ramai yang memburu harta sampai melupakan Tuhan, akhirnya harta menjadikan dirinya sebagai hamba

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Saudaraku,

    Walaupun mataku buta
    Aku bukan musuh harta
    Kerna hatiku jelas dan nyata
    Harta ku perlu, Akhirat ku tuju.

    Terbanglah saudara ke langit biru
    Selagi awan menerima bayu
    Sahabatku genggam, kabarku tuju
    Tekpi ku jentik, penghilang rindu

    Jangan dikira ilmu siapa
    Kita hanya penyampai semata
    Nilailah ia sebagai harta
    Sebarkan dengan jelas dan nyata.

    Salam takzim,

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara,

    Memang kebenaran itu PAHIT untuk diterima. Saya pun tak faham kalau benar ianya diGAM oleh siapa pun.

    Harta yang banyak tidak akan datang begitu sahaja TANPA dugaan dan Ujian yang sama banyaknya juga.

    Siapalah yang tidak hendak akan harta. Tapi macam yang bekas Tuan Mufti ingatkan pada kita semua, biarlah caranya yang diredai Allah swt.

    Bagi saya, yang paling baik adalah Kesederhanaan. Sederhana dalam segalanya.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  6. amar maaruf nahi mungkar?? Jangan lupa untuk menjaga anak isteri anda dari neraka !!

    Keluarkanlah gambar anak isteri yang berpakaian tetapi telanjang, tak perlulah untuk dilihat oleh ramai orang, dosa yang ada dah pun bertimbun... suruhlah anak bongsu itu menutup aurat bukan sekadar membelitkan tudung pendek dibahagian kepala, sedangkan bahagian leher dan dada masih telanjang, sisamping bulu mata yang dicabut...

    AstaughfiruLlah !!!

    ReplyDelete
  7. Salam uncle,

    Begitulah sifatnya jika sesuatu penulisan atau karya yang menyentuh peribadi, mereka akan berdalih dengan pelbagai alasan.

    Pedas juga cili dari UK ya uncle, hingga orang M'sia terasa pedasnya. Masak lemak cili padi pun sodap....

    ReplyDelete
  8. Wa alaikumussalam Pak Karamu.

    Bapak boleh klik dan besarkan gambar tu.

    Begitulah maksudnya Pak. Inginkan harta tapi dengan jalan yang baik dan diredhoi. Yang semestinya dielak ialah menjadi hamba kepada harta.

    Terima kasih Pak.

    ReplyDelete
  9. Wa alaikumussalam sdrku Mohd. Sofi.

    Hamba yang hina lagi kerdil
    Tumpang melata dibumi gersang
    Hamba ini memanglah jahil
    Hanya tumpang kealiman orang

    Dari blog tuan hamba paparkan
    Untuk tatapan semua yang datang
    Bukan hamba inginkan balasan
    Ilmu ditatang jasa dikenang

    Salam takzim dan salam persahabatan buat tuan

    ReplyDelete
  10. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Memang itulah kehendak manusia. Tak ada siapa dari kalangan biasa yang menolak kekayaan dan harta. Cuma mungkin caranya berbeza. Ada kalanya tidak dikirakan cara. Itulah perlu kita ingat memperingati dengan cara yang berhikmah dan berhemah.

    Saya cukup kagum dengan gaya puan menegur. Kaedah seorang ibu.

    ReplyDelete
  11. sdr. abu jundullah.

    Saya terima teguran saudara dengan lapang dada walau pun jauh dilubuk hati saudara sebenarnya menghina.

    Saya mungkin dosa bertimbun, tapi adalah saudara seorang yang maksum? Adalah saudara sendiri sudah terhidu bau syurga?

    Sayang saudara, mungkin saudara berilmu tetapi penuh dengan riak dan sombong.

    Taraf tutur kata saudara terlalu jauh lagi dengan rukun tarbiah. Sebenar saudara beristighfar untuk siapa? untuk diri sendiri yang takbur atau untuk saya? Pengajaran dari manakah yang saudara pelajari membolehkan saudara beristighfar bagi pihak saya.

    Kenalkah saudara dengan diri saudara sendiri? Saya rasa belum lagi kalau direnungkan dari tutur kata saudara. Maafkan saya yang jahil ini!

    Saya akui yang salah tetap salah, yang berdosa tetap berdosa. Tapi adakah Allah menilai tutur kata dan pakaian bukannya hati?

    ReplyDelete
  12. W'salam Isa.

    Umm... masak cili api memang sodap. Uncle pun suka!

    Tapi kenapakah kita tidak boleh berlapang dada sekira ianya benar.

    Kalau kita sakit, telanlah ubat walau pun pahit.

    Uncle pun terasa, kita manusia tidak sentiasa betul. Uncle pun kadang-kadang ada juga ponteng kerja. Ada juga terguna hak jabatan.

    Itulah sebabnya ingat mengingati dengan berhemah tu perlu.

    ReplyDelete
  13. saya tak paham kenapa perlu diharamkan puisi sebegini..nampaknya ketelusan yang diharapkan masih jauh utk dijangkau..teruskan berblogging tuan..

    ReplyDelete
  14. Salam untuk En. Mountweller.

    Memang puisi itu tersangatlah benarnya
    sifat manusia mudah lupa, kalau kita semua berbalik pada jalan Allah insya Allah kita selamat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  15. a'kum sdr. mogen.

    Apa yang saya nampak ialah sentimen ke atas peribadi Dr. Mohd. Asri. Petama beliau banyak menongkah arus semasa beliau bergelar Mufti. Kedua mungkin rasa tersindir.

    Walau apa pun saya tidak tahu siapa sebenarnya mengarahkan puisi berkenaan digam. Yang kita nampak menteri Penerangan tetapi kita kena lebih terbuka, mungkin ada orang lain yang lebih berkuku dari menteri berkenaan. Kita tidak boleh menuduh secara rambang.

    Isya Allah saudara. Saya tidak akan berhenti blogging selagi diizinkan olehNya. Terima kasih di atas perangsang dan sokongan saudara.

    ReplyDelete
  16. Wa alaikumussalam Opah.

    Itulah yang sebenarnya keperluan setiap umat. Hakikatnya kita tidak terlepas dari dosa melainkan dengan keampunanNya. Jadi sama-samalah kita bimbing membimbingi dengan cara yang berhikmah.

    ReplyDelete
  17. di manakah silapnya pada sajak yg amat mendalam maksudnya dan indah indah ini?

    ReplyDelete
  18. leiah,

    Bagi uncle itu adalah salah satu bentuk dakwah. Tang mana yang tak betulnya, uncle pun tak faham.

    ReplyDelete
  19. abu jundulah sudah jadi malaikat kiri pencatat dosa manusia..cari dulu bagaimana nak jawab MAROBBUKA di liang lahad nanti...
    jangan sebokkan dengan urusan orang lain sebelum selesai urusan sendiri!

    ReplyDelete
  20. Salam sahabatku Wak,

    Tidak apalah Wak, mungkin dia rasa tugas dia untuk mencatat dosa orang lain.

    Di dunia memang senang nak jawab MAROBBUKA tu Wak, tetapi bila kita kembali belum tentu.

    Itu sebab jawapan saya di atas, saya tanya adakah sdr. abu jundullah sudah kenal diri? Kalau diri sendiri tidak kenal, macam mana nak kenal orang lain? Entah-entah dosa itu apa dan pahala itu apa pun dia tidak tahu!

    Terima kasih Wak. Di atas kunjungan dan sokongan. Didoakan semuga kita mendapat rahmatNya.

    ReplyDelete
  21. pada saya, saling menegur sesama insan tidak salah, tetapi biarlah dengan penuh berhikmah...

    ReplyDelete
  22. Leiah,

    Itulah yang uncle cuba tekankan. Bilhikmah.

    ReplyDelete
  23. hmm. takpelah uncle. sabar je la. doakan supaya AJ blaja tegur cara berhikmah. yang penting uncle ambik intipatinya. Anggap dia mempertegaskan soal itu dan anggap dia sayangkan umat Islam. lagipun AQ bertegas dalam soal itu. Let's be positive. tak kisahlah AJ tu maksum ke idak. every human in this world did sins except the prophet. harap maaf. wassalam.

    ReplyDelete
  24. Salam Ibn Raia,

    Uncle tetap positif dan mengakui kebenaran kata-katanya. Cuma cara menegur yang menjengkelkan. Kita sesama muslim yang faham ok, tetapi bagi yang kurang faham atau orang yang bukan Islam, bagaimana?

    Bukankah sergahan cara ini akan menimbulkan kebencian? terutamanya persepsi umum terhadap golongan yang dikatakan Pendakwah. Adakah semua yang dinamakan Pendakwah yang terdiri dari golongan bukan Arab di seluruh dunia semuanya berserban dan berjubah walau pun itu dikatakan sunnah?

    Kasar dan tidak berhikmah bukan dari ajaran Rasulallah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa